Niat ihram untuk ibadah Haji atau Umrah adalah langkah penting yang harus dilakukan oleh setiap jemaah. Terdapat beberapa pandangan mengenai tempat dan waktu yang tepat untuk melaksanakan niat ini, terutama berkaitan dengan apakah boleh berniat dari hotel atau rumah.
Definisi Niat
Niat dalam konteks Islam didefinisikan sebagai keinginan dalam hati untuk melakukan suatu tindakan yang ditujukan hanya kepada Allah. Secara bahasa, niat berarti “sengaja” atau “maksudkan” sesuatu perbuatan. Dalam Islam, niat adalah tekad hati untuk melakukan ibadah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredhaan-Nya.
Menurut Imam al-Nawawi, niat adalah tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perbuatan. Imam Al-Ghazali menjelaskan bahwa niat merupakan sifat hati yang mendorong tindakan dengan dipengaruhi oleh ilmu tentang Islam. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, disebutkan bahawa “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. Ini menunjukkan betapa pentingnya niat dalam menentukan nilai dan penerimaan amalan seseorang di mata Allah. Secara umum, definisi niat dapat disimpulkan sebagai:
- Keinginan atau maksud: Keputusan untuk melakukan sesuatu.
- Tujuan: Maksud atau arah dari suatu perbuatan.
- Ikhlas: Dalam konteks agama, sering dikaitkan dengan keikhlasan dalam beribadah hanya untuk Allah.
Niat Ihram
Niat ihram adalah pernyataan dalam hati dan lisan yang menandakan seseorang memulai ibadah haji atau umrah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam konteks ini, niat adalah salah satu rukun yang tidak boleh diabaikan, karena tanpa niat, ibadah tersebut tidak akan diterima. Niat ini menandakan permulaan seseorang memasuki keadaan ihram, iaitu keadaan suci yang memerlukan kepatuhan kepada larangan-larangan tertentu sepanjang tempoh ibadah.
Lafaz niat ihram Umrah umum biasanya adalah:
نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitul ‘Umrata Wa Ahramtu Bihaa Lillahi Ta’ala.Maksudnya: “Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala.”
Lafaz niat ihram Haji umum biasanya adalah:
نَوَيْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ تَعَاَلَى
Nawaitul Hajja Wa Ahramtu Bihi Lillahi Ta’aalaa.Sahaja aku mengerjakan Haji dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala.
Setelah berniat, seseorang harus mengenakan pakaian ihram dan mematuhi larangan-larangan tertentu hingga selesai menunaikan ibadah tersebut. Niat ini tidak hanya sekadar ucapan, tetapi juga harus disertai dengan tekad di hati untuk menjalankan ibadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.
Baca Juga: Rukun Umrah: Semua Yang Anda Perlu Tahu
Niat Ihram di Miqat
Niat ihram di miqat adalah salah satu rukun penting dalam ibadah Umrah dan Haji. Miqat adalah batas atau sempadan yang ditetapkan untuk bermulanya ibadah Umrah atau Haji.
Terdapat 2 jenis miqat iaitu:
- Miqat Makani merujuk kepada tempat yang sah untuk berniat ihram umrah (atau haji).
- Miqat Zamani merujuk kepada tempoh masa yang sah untuk berniat ihram umrah (atau haji).
Terdapat beberapa tempat miqat yang ditetapkan berdasarkan arah kedua-dua jemaah:
1. Miqat Makani (tempat bagi penduduk luar Makkah
- Zul Hulaifah (Bir Ali): Untuk jemaah dari Madinah.
- Al-Juhfah: Untuk jemaah dari Syam, Maghribi, Mesir.
- Qarnul Manazil (Al-Sayl Al-Kabir): Untuk jemaah dari Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia.
- Yalamlam: Untuk jemaah dari Yaman.
- Dzatu Irqin: Untuk jemaah dari Iraq
2. Miqat Makani (tempat) umrah bagi jemaah atau penduduk yang berada dalam Makkah iaitu keluar ke Tanah Halal seperti:
- Jiíranah
- Tanaim
- Hudaibiyyah (Shumaisyiy)
3. Miqat Zamani
- Waktu bermula dan berakhir Miqat Zamani bagi Haji adalah Bermula 1 Syawal sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah, tempoh inilah yang dinamakan bulan-bulan haji.
- Bagi ibadah umrah, ketentuan miqat zamani tidak ada batas waktunya dan berlaku sepanjang tahun.
Niat miqat adalah berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas :
”Sesungguhnya Nabi saw telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarn al-Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Itulah miqat bagi mereka dan sesiapa yang melintasi Kawasan selain dari mereka untuk sesiapa yang mahu menunaikan haji dan umrah. Sesiapa yang selain dari itu, maka ia berihram dari tempatnya sehinggalah penduduk Mekah berniat ihram dari Mekah.”
Riwayat al-Bukhari (1524)
Berniat Ihram Dari Hotel Atau Rumah
Terdapat beberapa pandangan mengenai permasalahan ini:
1. Niat di Miqat: Sebahagian besar ulama seperti Imam Al-Nawawi, tokoh besar lain dalam mazhab al-Syafi‘i seperti al-Buwaiti, al-Muzani dan al-Ghazali. berpendapat bahawa niat lebih baik dilakukan di miqat yang telah ditentukan. Ini berdasarkan kepada riwayat Salim bin Abdullah, bahawasanya dia mendengar bapanya berkata:
“Rasulullah SAW tidak melakukan talbiyah (setelah berniat ihram) kecuali ketika berada di masjid itu – iaitu masjid Zulhulaifah.” Riwayat al-Bukhari (1542)
2. Berniat ihram di negerinya (Hotel Atau Rumah): Pendapat sebahagian Ulama seperti al-Rafi‘i, al-Qadi Abu al-Tayyib menyatakan boleh untuk berniat ihram di negerinya sebelum berangkat ke miqat. Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith daripada Ummul Mukminin Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang berniat ihram (memulakan manasik) haji atau umrah daripada Masjid Aqsa sehingga Masjidil Haram, diampunkan dosanya yang lalu dan akan datang atau wajib baginya syurga.” Riwayat Abu Daud (1741); Ibn Majah (3002); Ahmad (26558)
3. Afdhal berniat di miqat: Pendapat Mantan Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh ‘Abd al-‘Aziz menyatakan, sunnahnya adalah dengan melakukan niat ihram dari miqat-miqat dan bukannya dari rumahnya. Apabila kedudukannya dengan miqat sudah sejajar sedangkan ketika itu dia berada dalam kapal terbang atau kereta, atau kedudukannya sebelum sedikit dari miqat, maka lakukanlah niat ihram kerana berniat ihram dari miqat itu adalah lebih utama (afdhal). Namun, sekiranya dia berniat ihram dari rumahnya atau dari jalan (awal perjalanannya), maka tidak mengapa.
Akan tetapi dia telah menyelisihi sunnah kerana sunnahnya adalah dengan berniat ihram dari miqat dan makruh hukumnya berniat ihram sebelum daripada itu (yakni sebelum sampai di miqat). Sekalipun begitu, jika dia tetap berniat ihram sebelum sampai di miqat, maka ihramnya itu adalah sah dan terikat dengan larangan-larangan ketika berihram.
Rujukan: Binbaz.org, Zulkifli Al-Bakri


Apakah Ada Larangan Khusus Jika Berniat Ihram Dari Hotel?
Tidak ada larangan khusus dalam Islam untuk berniat ihram dari hotel, tetapi hal ini tidak disunatkan. Berniat ihram di miqat adalah sunnah yang dianjurkan oleh para ulama dan Nabi Muhammad SAW. Miqat adalah tempat tertentu yang ditetapkan untuk memulai haji atau umrah, seperti Bir Ali, Al-Juhfah, Qarnul Manazil, Yalamlam, dan Dzat ‘Irqin.
Melepasi Miqat: Jika seseorang sengaja meninggalkan miqat tanpa berniat ihram dan kemudian memasuki Makkah tanpa berihram, maka hal ini dianggap sebagai dosa dan pelakunya dikenakan dam (denda) berupa dam tertib dan taqdir.
Pantang Larang Ihram: Setelah berniat ihram dari mana pun sekalipun, jemaah perlu patuh pada pantang larang ihram.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jemaah Haji atau Umrah adalah lebih baik (afdhal) melakukan niat ihram di miqat untuk mengikuti sunnah yang lebih utama. Namun, jika seseorang keperluan atau keadaan tertentu yang menyebabkan seseorang berniat ihram lebih awal, niat tersebut tetap sah tetapi tidak dianjurkan dan individu tersebut perlu sedar bahawa mereka akan terikat dengan larangan-larangan ihram mulai dari saat niat tersebut dilafazkan. Disarankan untuk mematuhi ketentuan ini agar ibadah dapat dilaksanakan dengan baik dan sesuai dengan syariat Islam.
Rancang Perjalanan Ibadah Tanpa Ragu – Ragu !
Bayangkan anda melangkah keluar dari hotel terus ke Masjidil Haram—semuanya mudah dengan pakej umrah safwah dari Mustaqim Travel. Kami menyediakan:
✈️ Penerbangan terus tanpa transit ke Tanah Suci.
📚 Modul bimbingan khas bersama Mutawwif berpengalaman.
🏨 Penginapan Safwah premium berhampiran Masjidil Haram.
🚑 Kad perubatan untuk akses kesihatan yang lebih selesa.
🌟 Harga berbaloi untuk pengalaman yang tak ternilai.
Jangan lepaskan peluang untuk jadikan Umrah anda pengalaman terbaik!
Klik di sini dan tempah tempat anda sekarang.
✨ Rebut promosi istimewa sebelum penuh!