WUQUF

9 ZULHIJJAH 1446H

Hari

PAKEJ UMRAH SAFWAH POPULAR

12 Hari 10 Malam

12H10M Umrah Safwah Popular

HARGA DARI

MYR

8,979

/Adult

Fullboard

*Harga berdasarkan dari Quad Sharing Room

Menawarkan Pakej Umrah Safwah Yang Mampu Milik Dan Jarak Hotel Yang Sangat Dekat.

Senarai Harga Pakej

Pakej Umrah Safwah Popular

Hotel MakkahHotel MadinahBilik Ber-4Bilik Ber-3Bilik Ber-2
HOTEL SOFWAH 5* @ setarafGRAND PLAZA 3* @ setarafRM8,979RM 9,979RM10,979

Pilihan Hotel yang Terbaik

Makkah: SOFWAH @SETARAF 

5/5

Berhadapan pintu King Abdul Aziz(Pintu Umrah)

Madinah: GRAND PLAZA @SETARAF 

3/5

Terletak di jalan utama ke pintu masjid ( Pintu 39 )

Pilihan Perjalanan yang Mudah

Sesi 2025

TARIKH MUSIM STATUS
18 Feb - 1 Mac 2025 Santai TUTUP
10 - 21 April 2025 Santai Masih dibuka
15 - 26 APRIL 2025 Santai Masih Dibuka
30 APR - 11 MAY 2025 Santai Masih Dibuka
10 - 21 JUL 2025 Santai Masih Dibuka
15 - 26 JUL 2025 Santai Masih Dibuka
30 JUL - 10 AUG 2025 Santai Masih Dibuka
20 - 31 aug 2025 Santai Masih Dibuka
25 AUG - 5 SEPT 2025 Santai Masih Dibuka
10 - 21 SEPT 2025 Santai Masih Dibuka
15 - 26 SEPT 2025 Cuti Sekolah Paling Laris
25 SEPT - 5 OCT 2025 santai Masih Dibuka
15 - 26 OCT 2025 santai Masih Dibuka
20 - 31 OCT 2025 santai Masih Dibuka
30 OCT - 10 NOV 2025 santai Masih Dibuka
5 - 16 NOV 2025 santai Masih Dibuka
10 - 21 NOV 2025 santai / musim sejuk Paling Laris
20 NOV - 1 DEC 2025 santai / musim sejuk Paling Laris
25 NOV - 6 DEC 2025 santai / musim sejuk Paling Laris
10 - 21 DEC 2025 cuti sekolah / musim sejuk Paling Laris
15 - 26 DEC 2025 cuti sekolah / musim sejuk Paling Laris
25 DEC - 5 JAN 2026 cuti sekolah / musim sejuk Paling Laris
30 DEC - 10 JAN 2026 cuti sekolah / musim sejuk Paling Laris

JANUARI 2025

2 JAN – 14 JAN

9 JAN – 21 JAN

16 JAN – 28 JAN

22 JAN –  4 FEB

23 JAN –  5 FEB

30 JAN – 11 FEB

FEBRUARI 2025

20 FEB – 2 FEB

MAC 2025

AKAN DATANG

APRIL 2025

10 APR – 21 APR

15 APR – 26 APR

30 APR – 11 MAY

Itinerari Perjalanan 12 Hari 10 Malam

Perjalanan di Madinah

Hari 1

KLIA – MADINAH AIRPORT

• Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum waktu berlepas
• Urusan check-in, serahan passport dan ID Card
• Taklimat keberangkatan
• Tiba di Lapangan Terbang Madinah
• Terus ke hotel di Madinah untuk check-in
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat

Hari 1

Hari 2

ZIARAH MASJID NABAWI

• Sarapan pagi di hotel
• Ziarah dalam Masjid Nabawi bersama Mutawif
• Cadangan ke Raudah (tertakluk pada waktu tempahan melalui Nusuk / Muassasah)

Hari 2

Hari 3

ZIARAH LUAR MADINAH

• Sarapan pagi di hotel
• Berkumpul di lobi hotel pada jam 8 pagi
• Bersiap untuk Mazarat luar Madinah
• Ziarah ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid 7, Jabal Uhud dan kebun kurma
• Pulang semula ke Kota Madinah
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat

Hari 3

Hari 4

SOLAT DI MASJID NABAWI

• Sarapan pagi di hotel
• Ziarah kawasan “RARE” Kota Madinah (tambahan/optional)
• Terbuka kepada jemaah yang ingin pergi dengan kos SAR100/orang

Hari 4

Hari 5

ZIARAH RARE

• Sarapan pagi di hotel
• Aktiviti bebas
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat
• Taklimat keberangkatan ke Mekah

Hari 5

Hari 6

BERTOLAK KE MEKAH

• Sarapan pagi di hotel
• Bersiap berihram dan berwudhu di hotel Madinah
• Berangkat ke Mekah mengikut waktu ditetapkan
• Setibanya di Mekah, urusan check-in hotel
• Berkumpul di lobi hotel untuk ibadah umrah pertama dengan bimbingan Mutawif

Hari 6

Perjalanan di Makkah

Hari 7

AKTIVITI BEBAS

• Sarapan pagi di hotel
• Aktiviti bebas
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat

Hari 7

Hari 8

ZIARAH LUAR MAKKAH

• Sarapan pagi di hotel
• Berkumpul di lobi hotel pada jam 8 pagi untuk Mazarat luar Kota Mekah
• Melawat ke Jabal Thur, Jabal Rahmah, manasik Haji, dan Masjid Ja’ronah untuk miqat
• Pulang ke Kota Makkah melalui Jabal Nur untuk menunaikan umrah kedua

Hari 8

Hari 9

ZIARAH MASJIDIL HARAM

• Sarapan pagi di hotel
• Berkumpul di lobi hotel pada jam 8 pagi untuk lawatan ke Taif
• Miqat di Qarnul Manazil
• Pulang ke Kota Makkah untuk menunaikan umrah ketiga

Hari 9

Hari 10

BERANGKAT KE TAIF

• Sarapan pagi di hotel
• Aktiviti bebas
• Perbanyakkan amalan-amalan sunat

Hari 10

Hari 11

PERSEDIAAN UNTUK PULANG

• Sarapan pagi di hotel
• Daftar keluar hotel
• Dihantar ke lapangan terbang Jeddah untuk pulang ke Malaysia
• Penerbangan pada pukul 7 petang

Hari 11

Hari 12

JEDDAH-KLIA AIRPORT

• Dijangka tiba di KLIA jam 9 pagi waktu Malaysia
• Ambil beg masing-masing
• Jemaah diminta berkumpul di tempat yang ditetapkan oleh Mutawif
• Taklimat perpisahan dan agihan air zam-zam

Hari 12

Butiran Pakej Umrah

Pakej Termasuk

  • Tiket flight kelas Ekonomi MH / Saudi Airlines
  • Penginapan 5 malam di Madinah & 5 malam di Makkah 
  • Pengangkutan Bas di Tanah Suci
  • Visa Tourist termasuk insuran
  • Mutawwif di Tanah Suci
  • Mutawwifah  Raudah
  • Bellboy check in/out Hotel Madinah & Makkah
  • Makanan dalam perjalanan Madinah ke Makkah
  • Air Zamzam (dengan izin)
  • Set Bagasi Umrah

Dapatkan Pakej Umrah Bersama

DAFTAR UMRAH

Pilihan Pakej

Terma & Syarat / Perakuan Pelanggan

BAHAGIAN 1 : SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA

  1. Pelanggan adalah bertanggungjawab penuh ke atas faktor kesihatannya dan perlu memaklumkan kepada pihak Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd sebelum sebut harga dikeluarkan berkenaan sebarang keperluan yang memerlukan perhatian khas oleh petugas semasa mengerjakan umrah.
  2. Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan ke akaun Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd selewat-lewatnya 20 hari dari tarikh pendaftaran atau 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
  3. Semua dokumen yang lengkap berserta pengesahan hendaklah di serahkan dan sampai ke Pejabat Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd selewat-lewatnya 50 hari dari tarikh penerbangan.
    a) Passport Antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari enam (6) bulan dari tarikh penerbangan pulang berserta 6 muka surat kosong.
    b) 2 Keping Gambar Berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatarbelakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap)
    manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau menutup kepala.
    c) Salinan Kad Pengenalan yang jelas.
    d) Salinan Buku Vaksin Meningococcal yang lengkap.

BAHAGIAN 2 : AKUAN PENERIMAAN PELANGGAN

  1. Bahawa saya/kami dengan ini faham dan akan mematuhi segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd.
  2. Saya/kami faham bahawa kelulusan untuk permohonan visa tidak boleh dijamin oleh Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan ia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
  3. Saya/kami faham bahawa penentuan muktamad ke atas tarikh penerbangan atau sektor penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke
    semasa oleh pihak syarikat. Pihak syarikat juga berhak untuk meminda tarikh penerbangan kepada tarikh yang dianggap bersesuai sekiranya kuota penerbangan berkumpulan tidak mencukupi. Oleh yang demikian saya/kami dengan ini melepaskan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul disebabkan oleh perubahan tersebut.
  4. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa segala barangan berharga peribadi yang saya/kami bawa semasa mengerjakan umrah adalah sepenuhnya di bawah tanggungan saya/kami sendiri dan dengan ini saya/kami melepaskan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul akibat kehilangan barangan berharga tersebut.
  5. Saya/kami dengan ini faham dan bersetuju bahawa polisi pembatalan tempahan bagi pakej umrah yang adalah seperti berikut:
    a) Sebarang pembatalan tempahan pakej hendaklah di buat secara BERTULIS dan ditujukan kepada Team Kewangan ke email
    [email protected] (Salinan ditujukan kepada Team Sales ke email [email protected]) dengan menyertakan dokumen
    berikut:
    i. Surat permohonan pembatalan
    ii. Borang pendaftaran
    iii. Salinan sebut harga
    iv. Surat / Sijil Mati (Jika ada)
    v. Laporan perubatan hospital
    b) Sebarang pemulangan wang deposit atau bayaran harga jualan adalah tertakluk kepada jadual di lampiran berikut:
    i. Tiada caj pembatalan dikenakan bagi pembatalan pada 7 hari dari Tarikh pendaftaran dan tidak lebih dari 80 hari dari tarikh penerbangan.
    ii. Caj pembatalan RM250.00 bagi pembatalan dalam tempoh lebih dari 80 hari dari tarikh penerbangan.
    iii. Caj pembatalan sebanyak RM1,000.00 bagi pembatalan dalam tempoh kurang 80 hari dari tarikh penerbangan.
    iv. Caj pembatalan sebanyak 50% dari harga keseluruhan pakej bagi pembatalan dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerbangan.
    v. Caj pembatalan sebanyak 100% dari harga keseluruhan pakej bagi pembatalan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerbangan.
  6. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa sebarang permohonan pindaan terhadap pakej umrah ini akan melibatkan perubahan kos yang mana akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak saya/kami.
  7. Saya/kami faham dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kos lebihan muatan bagasi saya/kami berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat
    penerbangan.
  8. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa faktor kesihatan peribadi adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab saya/kami sendiri dan dengan ini saya/ kami melepaskan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kesakitan, kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul disebabkan oleh faktor kesihatan tersebut.
  9. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa syarikat Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala perbelanjaan tambahan sekiranya saya/kami jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di mana-mana hospital luar negara atau memerlukan apa-apa keperluan khas semasa dalam perjalanan pergi, semasa di luar negara atau dalam perjalanan balik.
  10. Bahawa saya/kami bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau tuntutan ganti rugi ke atas perkara yang berlaku di luar kawalan langsung Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd seperti kecederaan ke atas tubuh badan atau kerosakan harta benda akibat kebakaran, kemalangan dan perkara-perkara yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, rompakan atau seumpama dengannya yang berlaku semasa pakej umrah ini dijalankan atau semasa dalam penerbangan pergi atau balik.
  11. Saya/kami faham dan bersetuju bahawa bagi kumpulan jemaah kurang daripada 40 orang, perkhidmatan Mutawif dari Malaysia yang mengiringi penerbangan pergi dan balik tidak akan di sediakan. Pihak Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd hanya akan menyediakan perkhidmatan Mutawif ketika pelanggan di Arab Saudi.
  12. Bahawa saya/kami telah dinasihati agar mengambil perlindungan takaful perjalanan untuk menampung sebarang kemungkinan keperluan kecemasan dan keputusan untuk mengambil atau tidak mengambil perlindungan takaful perjalanan tersebut adalah sepenuhnya di atas pertimbangan diri saya/kami sendiri.
  13. Saya/kami dengan ini faham dan bersetuju bahawa sebagai pengguna saya/kami mempunyai pilihan untuk membatalkan penyertaan saya di dalam pakej
    ini pada bila-bila masa namun pembatalan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang telah dinyatakan di atas.

BAHAGIAN C : AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI

  1. Dengan menyempurnakan borang ini saya/kami dengan ini membenarkan maklumat peribadi saya/kami (termasuk data peribadi sensitif) untuk digunakan oleh Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan/atau anak syarikatnya untuk memberikan saya/kami perkhidmatan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan/atau anak syarikatnya yang bersesuaian dengan saya/kami.
  2. Maklumat peribadi (termasuk data peribadi sensitif) yang diberikan oleh saya/kami akan digunakan untuk pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan yang diberikan kepada saya/kami. Maklumat peribadi saya/kami boleh digunakan untuk memberikan saya/kami maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan saya/kami daripada Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan / atau anak syarikatnya.
  3. Semua maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang ini adalah tepat, lengkap dan terkini.

DAFTAR HAJI 1446H / 2025