BAHAGIAN 1 : SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA
- Pelanggan adalah bertanggungjawab penuh ke atas faktor kesihatannya dan perlu memaklumkan kepada pihak Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd sebelum sebut harga dikeluarkan berkenaan sebarang keperluan yang memerlukan perhatian khas oleh petugas semasa mengerjakan umrah.
- Bayaran penuh pakej perlu dijelaskan ke akaun Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd selewat-lewatnya 20 hari dari tarikh pendaftaran atau 60 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Semua dokumen yang lengkap berserta pengesahan hendaklah di serahkan dan sampai ke Pejabat Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd selewat-lewatnya 50 hari dari tarikh penerbangan.
a) Passport Antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari enam (6) bulan dari tarikh penerbangan pulang berserta 6 muka surat kosong.
b) 2 Keping Gambar Berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatarbelakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap)
manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau menutup kepala.
c) Salinan Kad Pengenalan yang jelas.
d) Salinan Buku Vaksin Meningococcal yang lengkap.
BAHAGIAN 2 : AKUAN PENERIMAAN PELANGGAN
- Bahawa saya/kami dengan ini faham dan akan mematuhi segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd.
- Saya/kami faham bahawa kelulusan untuk permohonan visa tidak boleh dijamin oleh Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan ia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
- Saya/kami faham bahawa penentuan muktamad ke atas tarikh penerbangan atau sektor penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke
semasa oleh pihak syarikat. Pihak syarikat juga berhak untuk meminda tarikh penerbangan kepada tarikh yang dianggap bersesuai sekiranya kuota penerbangan berkumpulan tidak mencukupi. Oleh yang demikian saya/kami dengan ini melepaskan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul disebabkan oleh perubahan tersebut. - Saya/kami faham dan bersetuju bahawa segala barangan berharga peribadi yang saya/kami bawa semasa mengerjakan umrah adalah sepenuhnya di bawah tanggungan saya/kami sendiri dan dengan ini saya/kami melepaskan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul akibat kehilangan barangan berharga tersebut.
- Saya/kami dengan ini faham dan bersetuju bahawa polisi pembatalan tempahan bagi pakej umrah yang adalah seperti berikut:
a) Sebarang pembatalan tempahan pakej hendaklah di buat secara BERTULIS dan ditujukan kepada Team Kewangan ke email
[email protected] (Salinan ditujukan kepada Team Sales ke email [email protected]) dengan menyertakan dokumen
berikut:
i. Surat permohonan pembatalan
ii. Borang pendaftaran
iii. Salinan sebut harga
iv. Surat / Sijil Mati (Jika ada)
v. Laporan perubatan hospital
b) Sebarang pemulangan wang deposit atau bayaran harga jualan adalah tertakluk kepada jadual di lampiran berikut:
i. Tiada caj pembatalan dikenakan bagi pembatalan pada 7 hari dari Tarikh pendaftaran dan tidak lebih dari 80 hari dari tarikh penerbangan.
ii. Caj pembatalan RM250.00 bagi pembatalan dalam tempoh lebih dari 80 hari dari tarikh penerbangan.
iii. Caj pembatalan sebanyak RM1,000.00 bagi pembatalan dalam tempoh kurang 80 hari dari tarikh penerbangan.
iv. Caj pembatalan sebanyak 50% dari harga keseluruhan pakej bagi pembatalan dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerbangan.
v. Caj pembatalan sebanyak 100% dari harga keseluruhan pakej bagi pembatalan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerbangan. - Saya/kami faham dan bersetuju bahawa sebarang permohonan pindaan terhadap pakej umrah ini akan melibatkan perubahan kos yang mana akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak saya/kami.
- Saya/kami faham dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kos lebihan muatan bagasi saya/kami berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat
penerbangan. - Saya/kami faham dan bersetuju bahawa faktor kesihatan peribadi adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab saya/kami sendiri dan dengan ini saya/ kami melepaskan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dari sebarang liabiliti terhadap sebarang kesakitan, kerugian, kesusahan atau apa-apa kesan yang timbul disebabkan oleh faktor kesihatan tersebut.
- Saya/kami faham dan bersetuju bahawa syarikat Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas segala perbelanjaan tambahan sekiranya saya/kami jatuh sakit dan terpaksa mendapatkan rawatan di mana-mana hospital luar negara atau memerlukan apa-apa keperluan khas semasa dalam perjalanan pergi, semasa di luar negara atau dalam perjalanan balik.
- Bahawa saya/kami bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau tuntutan ganti rugi ke atas perkara yang berlaku di luar kawalan langsung Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd seperti kecederaan ke atas tubuh badan atau kerosakan harta benda akibat kebakaran, kemalangan dan perkara-perkara yang disebabkan bencana alam, peperangan, rusuhan, rompakan atau seumpama dengannya yang berlaku semasa pakej umrah ini dijalankan atau semasa dalam penerbangan pergi atau balik.
- Saya/kami faham dan bersetuju bahawa bagi kumpulan jemaah kurang daripada 40 orang, perkhidmatan Mutawif dari Malaysia yang mengiringi penerbangan pergi dan balik tidak akan di sediakan. Pihak Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd hanya akan menyediakan perkhidmatan Mutawif ketika pelanggan di Arab Saudi.
- Bahawa saya/kami telah dinasihati agar mengambil perlindungan takaful perjalanan untuk menampung sebarang kemungkinan keperluan kecemasan dan keputusan untuk mengambil atau tidak mengambil perlindungan takaful perjalanan tersebut adalah sepenuhnya di atas pertimbangan diri saya/kami sendiri.
- Saya/kami dengan ini faham dan bersetuju bahawa sebagai pengguna saya/kami mempunyai pilihan untuk membatalkan penyertaan saya di dalam pakej
ini pada bila-bila masa namun pembatalan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang telah dinyatakan di atas.
BAHAGIAN C : AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI
Semua maklumat yang diberikan oleh anda dalam borang ini adalah tepat, lengkap dan terkini.
Dengan menyempurnakan borang ini saya/kami dengan ini membenarkan maklumat peribadi saya/kami (termasuk data peribadi sensitif) untuk digunakan oleh Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan/atau anak syarikatnya untuk memberikan saya/kami perkhidmatan Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan/atau anak syarikatnya yang bersesuaian dengan saya/kami.
Maklumat peribadi (termasuk data peribadi sensitif) yang diberikan oleh saya/kami akan digunakan untuk pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan yang diberikan kepada saya/kami. Maklumat peribadi saya/kami boleh digunakan untuk memberikan saya/kami maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan saya/kami daripada Mustaqim Travel & Tours Sdn. Bhd dan / atau anak syarikatnya.