Panduan Haji Lengkap (Ringkas dan Padat)

Haji merupakan salah satu ibadah dari 5 rukun islam yang wajib bagi yang mampu. Kami berkongsi Panduan Haji ini agar dapat membantu anda dalam menunaikan ibadah Haji yang sempurna.

Berbeza dengan ibadah Umrah, ibadah haji hanya boleh ditunaikan pada waktu tertentu pada bulan haji, iaitu Zulhijah.

Ibadah haji adalah wajib bagi yang mampu, bukan atas dasar kemampuan kewangan semata-mata. Maksud kemampuan dalam ibadah haji adalah dari segi kemampuan fizikal, mental, kesihatan dan juga kemampuan dari segi kewangan.

Maksud Haji

Haji dari segi bahasa arab ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat dari segi syarak bermaksud mengunjungi Masjidil Haram (Kaabah) pada masa-masa tertentu bermula dari bulan Syawal sehinggalah 10 hari pertama bulan Zulhijjah, serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi menyempurnakan ibadah haji.

Jenis dan Cara Mengerjakan Haji

Terdapat 5 jenis haji dan 3 cara mengerjakan haji. Jenis-jenis haji adalah Haji Fardhu, Haji Badal, Haji Sunat, Haji Nazar dan Haji Qada’. Manakala 3 cara mengerjakan haji adalah:

  1. Haji Ifrad
    Mengerjakan haji dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan ibadah umrah
  2. Haji Tamattu’
    Mengerjakan Umrah dahulu di bulan Haji kemudian menyempurnakan ibadah haji pada tahun yang sama
  3. Haji Qiran
    – Cara 1
    Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji kemudian melaksanakn semua rukuk dan wajib haji. Umrah pula dikira selesai sebaik sahaja selesai menunaikan haji.
    – Cara 2
    Berniat mengerjakan umrah sahaja, tetapi mengerjakan haji kemudian melaksanakan semua rukun dan wajin haji.

Rukun Haji – Apakah Syarat Wajib Haji?

Islam telah menggariskan lima syarat wajib Haji. Antaranya adalah Ihram, yakni niat untuk menunaikan haji dari miqat, Bermalam di Muzdalifah, Bermalam di Mina, Melontar Jamrah ula, wustha, dan aqabah, Tawaf wada’ (bagi jemaah yang akan meninggalkan Kota Makkah).

“Haji itu datang di bumi Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam hari 10 Dzulhijjah sebelum terbit fajar maka sesungguhnya ia masih boleh mendapatkan haji.” .

(HR. At-Tirmizi dari Abdul rahman bin Ya’mar RA)

Wajib haji merupakan perkara-perkara yang harus dilakukan dalam melaksanakan ibadah haji. Jika salah satu perkara dibawah tidak dilakukan, ibadah haji seseorang itu tetap sah, tetapi ia harus mengganti dan membayar dam.

Rukun haji sangat penting dalam menunaikan Ibadah Haji. Untuk terlaksananya Ibadah Haji yang baik sebelum berangkat menuju tanah suci, kita harus memahami dan mengetahui pengertian apa itu hukum haji?

Rukun haji ada lima, iaitu:

  1. Ihram, Niat Ihram
  2. Wukuf di Padang Arafah
  3. Tawaf Ifadah
  4. Sai’e
  5. Bercukur

Ihram di Miqat

Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat Makani, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memaikai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.

Niat berihram haji adalah seperti berikut

Ertinya: “Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala”

Wukuf di Padang Arafah

Wukuf di Arafah dilakukan pada 9 Zulhijjah setelah matahari terbenam dan berakhir ketika terbit fajar pada 10 Zulhijjah. Wukuf bermaksud berhenti serta diam tanpa melakukan pergerakan, dan dilakukan dalam suasana tenang.

Ketika wukuf, seluruh jemaah haji berkumpul di padang Arafah. Selama wukuf, perkara yang dilakukan jemaah di antaranya mendengarkan khutbah wukuf, memperbanyak zikir, membaca Al Quran, dan berdoa kepada Allah SWT.

Wukuf boleh dilakukan secara berjamaah atau sendiri, setelah khutbah wukuf , jemaah boleh menunaikan ibadah solat jamak qasar taqdim Zohor dan Asar.

Bermalam di Mudzalifah

Tempat yang terletak antara  arafah dan mina. Seseorang itu hendaklah berada di Muzdalifah  selepas  separuh malam 10 zulhijjah iaitu Selepas wukuf dan sebelum terbit fajar.

Bermalam di Mina

Bermalam di mina pada hari tasyrik. 11, 12 dan 13 zulhijjah. Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.

Melontar Jamrah

Iaitu melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusto dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan tujuh biji anak  batu pada tiap-tiap jamrah. Waktu melontar selepas gelincir matahari pada hari Tasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.

Tawaf Ifadah dan Sai’e

Tawaf Ifadah dilaksanakan oleh setelah pulang dari Mina pada12 atau 13 Zulhijjah atau setelah selesai Wukuf di Arafah. Tawaf Ifadah dilakukan dengan mengelilingi Kabah sebanyak tujuh kali dan tidak mempunyai waktu yang tertentu.

Sai’e merupakan perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Sai’e dilakukan dengan memulakan perjalanan dari Safa ke Marwah dan kembali lagi sebanyak tujuh kali.

Perjalanan dimulai dari Safa dan berakhir di Marwah, dengan syarat dan cara yang tertentu. Ketika jemaah haji berjalan kaki menuju Safa, ia akan menghadap Kaabah dan membaca takbir dan tahlil. Setelah itu jemaah haji boleh terus berjalan menuju ke Marwah sambil berzikir dan berdoa.

Tawaf Wada

Tawaf Wada’ ialah tawaf ‘selamat tinggal’  yang wajib dikerjakan – bukan sahaja oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah tetapi juga oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam.

Kelebihan Menunaikan Haji

Panduan Haji Yang Rinngkas dan Mudah

“Didirikan Islam itu di atas lima rukun, iaitu mengucap Kalimah Syahadat (Aku beri’ktikad, berikrar dan mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua, dan sesungguhnya Junjungan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah) , mendirikan sembahyang lima waktu dan mengeluarkan zakat serta mengerjakan Haji dengan mengunjungi Baitullahil Haram dan puasa di bulan Ramadhan”.

Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim

Haji merupakan ibadah yang sangat istimewa, dan bagi mereka yang menjalankannya dengan ikhlas dan tulus, mereka akan diberikan kesempatan untuk memohon keampuanan dosa-dosa masa lalu mereka.

Ini memberikan ketenangan jiwa dan kelegaan serta membuka pintu kehidupan yang lebih baik dengan hati yang bersih dan penbuh keikhlasan.

Ibadah haji juga memberikan kesempatan bagi seorang muslim untuk beribadah di tanah suci Makkah dan Madinah, mengikuti jejak dan sunnah Nabi Muhammad SAW, dan merasakan kebersamaan dengan jutaan muslim dari seluruh dunia.

Selain itu, pelaksanaan haji juga menguatkan ikatan sosial antara umat Islam dari seluruh dunia dan membantu mendorong pemahaman yang lebih baik tentang Islam dan kehidupan muslim secara keseluruhan.

Tambahan pula, kita sering mendengar cerita-cerita menarik semasa menunaikan haji atau umrah selain ganjaran hebat dari Allah. Di sini kami kongsikan serba-sedikit nikmat bagi mereka yang mengerjakan haji:

1. Antara Amalan Terbaik

2. Satu Bentuk Jihad

3. Menghapuskan Dosa-Dosa Silam

4. Menjadi Tetamu Allah

5. Dijanjikan Syurga

6. Berbelanja Ke Jalan Allah

Persediaan Sebelum Menunaikan Haji

Panduan Haji Lengkap

Sebelum menunaikan haji di Mekah, perkara-perkara sunat boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat haji.

Antara persediaan haji adalah:

Memotong kuku, merapikan janggut, misai dan rambut, mencabut bulu ketiak, menggosok gigi dan membersihkan anggota badan

– Mandi sunat ihram

– Mengambil wudhu’

– Memakai pakaian ihram selepas mandi sunat ihram

– Solat sunat ihram, boleh dilakukan di hotel atau di Miqat sebelum niat ihram

Barangan Kelengkapan Haji

Set Bagasi

Berikut adalah senarai kelengkapan haji yang perlu ada dalam checklist:

  1. Pasport: Pastikan pasport Anda masih aktif minimun enam bulan sebelum tarikh berangkat. Juga, anda telah mendapatkan VISA Haji dari pengedali syarikat pelancongan(Pakej Haji Swasta) atau Tabung Haji.
  2. Tiket Penerbangan: Pastikan anda telah mendapat salinan dan pengesahan tiket penerbangan dari syarikat Pelancongan atau Tabung Haji.
  3. Vaksinasi dan Dokumen Kesihatan: Periksa sahkan vaksinasi yang diperlukan untuk tujuan haji. Pastikan Anda telah menerima vaksinasi yang diperlukan dan membawa semua dokumen dan sijil vaksinasi yang diperlukan.
  4. Pakaian Ihram: Sediakan dua helai pakaian ihram untuk lelaki dan pakaian yang sopan dan longgar untuk wanita. Pastikan Anda juga membawa selendang atau tudung untuk perempuan.
  5. Alatan dan Kelangkapan Solat: Bawa sejadah, kain sembahyang wanita, tasbih, dan kelengkapan solat lain untuk digunakan semasa mengerjakan ibadah haji.
  6. Ubatan dan Peralatan Medikal: Jika anda memerlukan ubatan tertentu seperti sakit dan juga alahan, pastikan anda membawa persediaan yang cukup untuk sepanjang perjalanan. Bawa juga peralatan seperti plaster, Ubat antidiarea, dan ubatan umum lainnya.
  7. Wang Perbelanjaan Yang Mengcukupi: Bawa wang tunai dalam mata wang negara tujuan serta kad kredit/debit Anda. Jangan lupa membawa salinan dokumen penting seperti pasport, tiket, dan bukti tempahan hotel.
  8. Buku Panduan Haji: Bawa buku panduan haji yang berguna sebagai rujukan selama pelaksanaan ibadah haji. Jika anda adalah jemaah kami, kami akan menyerahkan sebelum penerbangan.
  9. Label beg dan telekung
  10. Buku Doa
  11. Botol spray wudhu’

sebagai peringatan, anda perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengelakkan diri agar tidak melakukan larangan-larangan di atas. Moga memperoleh ibadah haji yang mabrur.

Panduan Haji yang Ringkas dan Mudah (Mengikut Sunnah Nabi)

Buku Panduan

Kami sedar ramai yang risau untuk mengerjakan haji kerana merasakan haji itu berat dan susah. Sedangkan anda boleh mengikuti panduan haji dengan mudah tanpa perlu pergi kursus haji.

Panduan haji yang mudah dilakukan boleh mengurangkan keresahan buat mereka yang baru merancang untuk menunaikan haji. Berikut adalah panduan yang sesuai bagi jemaah haji tamttu bagi mengerjakan ibadah haji.

Perjalanan anda bermula dari satu tempat bernama Miqat Birr ‘Ali. Di sini anda disunatkan untuk bersolat sunat tahiyatul masjid dua rakaat, kemudian berniat untuk mengerjakan umrah dan berihram kerana Allah Taala.

Ketika ini, anda juga disunatkan untuk bertalbiyah:

Selepas anda tiba di Mekah dan selesai urusan check-in hotel, inilah saat nya untuk mengerjakan umrah.

Semuanya bermula di saat anda memasuki kompleks Masjidil Haram. Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w., anda digalakkan untuk berdoa sebaik sahaja anda masuk ke Masjidil Haram.

Terdapat banyak lagi Sunnah Nabi yang anda boleh amalkan sepanjang umrah. Sentiasa berdoa supaya mendapat haji mabrur.

Ketahui lebih lanjut tentang panduan mengerjakan umrah dan haji tamattu daripada Ustaz Shamsuri di bawah ini:

Larangan Ketika Menunaikan Haji – Larangan Ketika Ihram

Secara umumnya, pantang larang ketika ihram boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:

  • Larangan ihram yang dikhususkan kepada lelaki sahaja.
  • Larangan ihram yang dikhususkan kepada perempuan sahaja.
  • Larangan ihram yang umum bagi lelaki dan perempuan.
  1. Larangan ihram yang dikhususkan kepada lelaki sahaja.

    Memakai pakaian berjahit atau bersarung seperti baju, seluar, kain pelikat dan sebagainya – Jemaah dilarang untuk memakai pakaian berjahit atau bersarung seperti baju, seluar, kain pelikat dan sebagainya. Jemaah boleh memakai kain tuala atau kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjuru dengan cara tidak disarungkan ke badan.

    Menutup kepala atau sebahagian daripada kepala – Jemaah dilarang untuk memakai pakaian berjahit atau bersarung seperti baju, seluar, kain pelikat dan sebagainya. Jemaah boleh memakai kain tuala atau kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjuru dengan cara tidak disarungkan ke badan.

  2. Larangan ihram yang dikhususkan kepada perempuan sahaja.
    Larangan ihram bagi jemaah perempuan adalah sama seperti menunaikan solat iaitu menutup muka. Jika seseorang berada dalam ihram menutup muka dengan kain tudung kerana terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan kain dengan segera apabila dia ingat atau diberi peringatan. Hukumnya tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu melakukannya, maka dikenakan dam.

  3. Larangan ihram yang umum bagi lelaki dan perempuan.
    Memakai sarung tangan
    Seseorang yang berada dalam ihram dilarang memakai sarung tangan tanpa ada keperluan khusus yang terdesak, seperti penyakit pada tangan ataupun keperluan lain-lain. Jemaah boleh melindungi tangan disebalik kain tudung atau kain ihram.
    Memakai wangi-wangian
    Diharuskan menggunakan ubat gigi, sabun dan syampu. Niat tujuan adalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Penggunaan deodoran semasa dalam ihram adalah dilarang kerana ia termasuk di dalam perkara berwangi-wangian.
    Memakai minyak pada bahagian tubuh
    Seseorang yang berada dalam ihram dilarang memakai minyak pada bahagian tubuh seperti kepala,janggut dan semua bulu di muka. Jika terlupa atau tidak sengaja, hendaklah ia menghilangkan kesan minyak itu dengan segera apabila dia ingat atau diperingatkan. Hukumnya tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu melakukannya, hukumnya berdosa dan dikenakan dam.
    Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan
    Haram bagi jemaah menanggalkan rambut atau bulu walaupun hanya sekerat daripada rambut. Jika menanggalkan rambut atau bulu secara sengaja ataupun tidak atau terlupa, tetap dikenakan dam. Jika rambut atau bulu tertanggal dengan sendiri, maka tidak dikenakan dam.
    Mengerat atau memotong kuku
    Memotong kuku sama ada banyak atau sikit sama seperti hukum memotong rambut. Jika kuku itu terkopak atau rasa sakit yang terpaksa dipotong, maka diizinkan untuk memotong kuku.
    Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Makkah
    Menurut mazhab Imam Syafi’i, jemaah tidak boleh mencabut pokok daripada tanah haram keluar ke tanah halal. Jika terlanjur membawa keluar pokok daripada tanah haram, maka hendaklah beristighfar, kemudian kembalikan pokok tersebut di mana-mana bahagian di tanah haram jika berkemampuan. Jika tidak mampu untuk pergi ke tanah haram, boleh wakilkan kepada sesiapa sahaja yang dipercayai untuk meletakkannya kembali di mana-mana bahagian di tanah haram. Jika tidak mampu juga, maka letakkanlah pokok tersebut di mana-mana tempat yang bersih.
    Memburu binatang
    Para jemaah tidak dibenarkan untuk memburu binatang yang halal dimakan sewaktu berihram dan sepanjang keberadaan di Tanah Suci. Firman Allah S.W.T dalam al-quran, surah Al-Ma’idah, ayat 95:
    يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَاَنْتُمْ حُرُمٌ
    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh haiwan buruan, ketika kamu sedang ihram (haji atau umrah).
    Lakukan permulaan persetubuhan
    Para jemaah dilarang melakukan permulaan persetubuhan sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan, layanan isyarat tubuh atau sebagainya.
    Bersetubuh
    Berkahwin atau mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
    Menurut Imam Syafi’i, seseorang yang dalam keadaan ihram tidak boleh mengadakan perkahwinan, mengahwinkan orang dan menerima wakil kahwin.
    Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W, riwayat Usman bin Affan yang bermaksud,
    “Orang yang berihram tidak boleh berkahwin dan mengahwinkan orang lain”.
    [Riwayat Muslim, No:1049]

    Jika akad nikah dilakukan, maka akad tersebut dikira tidak sah.

Daftar Pakej Haji Swasta Dari Mustaqim Travel

Pakej Haji 2023

Anda berhajat untuk mengerjakan haji? Pilihlah Mustaqim Travel.

Dengan Mustaqim Travel, anda akan menaiki penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah.

Selain itu, pengurusan visa Haji juga akan diuruskan sepenuhnya oleh ejen berpengalaman. Hotel 5 bintang atau setaraf akan disediakan khas untuk anda.

Jangan risau, terdapat insurans dan perlindungan takaful dalam pakej haji swasta ini.

Anda akan diiringi oleh mutawwif berpengalaman dan terlatih.

Mustaqim Travel menawarkan 2 Jenis Pakej Haji mengikut bajet dan pilihan anda:

  1. Haji Mujamalah
  2. Haji Mujamalah VIP

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai harga dan maklumat lengkap pakej Umrah dari cutiumrah.com  yang ditawarkan boleh hubungi :

Mustaqim Travel And Tours Sdn Bhd

163 Wisma Dato’ Rashid

70100 Jalan Zaaba

Seremban Negeri Sembilan

Ustaz Hakim: 0132651653 – Link Whatsapp

“TEMPAH SEGERA UNTUK PENGHABISAN SLOT”

Walau sejauh mana bumi dan negara yang pernah dijejaki, tidak akan sama dengan bumi Mekah dan Madinah. Sesiapa yang telah diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dan Madinah pasti akan mengalami pengalaman yang sama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAFTAR HAJI 1445H / 2024

DAFTAR UMRAH

Pilihan Pakej