Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu, 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ketiga hijrah (26 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy.
Peperangan ini dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Bukit Uhud terletak diluar kawasan Madinah dan ukuran bukit uhud sekitar 7km panjang dan 2-3 km lebar.
Pertempuran ini disertai 1,000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud.
Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy seramai 3,000 orang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb.
Kronologi
Persediaan sebelum Perang Uhud
Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang sangat bijak dalam mengatur perancangan sebelum memulakan perang.
Semasa peperangan uhud, Nabi Muhammad SAW membuat keputusan untuk memulakan perjalanan pada tengah malam yang sunyi.
Waktu ini dipilih kerana pada waktu ini kebiasaanya musuh akan berehat dan tertidur dan mengurangkan risiko untuk diserang.
Abu Khaitsamah adalah individu yang bertanggungjawab untuk menunjukkan jalan yang lebih selamat bagi mengelakkan dikesan musuh.
Sedang didalam perjalanan, seramai 300 orang daripada 1,000 orang tentera islam mengundurkan diri apabila dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafik. Kini tentera islam hanya berbaki 700 orang sahaja.
Kekuatan tentera Quraisy pada ketika itu adalah seramai 3,000 orang .
Setibanya di medan peperangan, Nabi Muhammad SAW mengatur strategi bagi menghadapi pasukan kaum quraisy.
Baginda membahagikan menjadi tiga pasukan dan ketua setiap pasukan akan diberikan bendera. Tiga pasukan itu ialah:
- Usaid bin Hudhair memegang bendera pasukan Aus dari golongan Ansar
- Mush’ab bin Umair memegang bendera pasukan Muhajirin
- Al-Hubab bin Al-Mundzir memegang bendera pasukan Khazraj dari golongan Ansar
Semasa Perang Uhud
Semasa berlangsungnya peperangan, pasukan pemanah muslim telah melihat tanda-tanda kekalahan tentera quraisy dan banyak harta rampasan yang berada di medan perang.
Perkara ini membuatkan pasukan muslimin menganggap peperangan telah berakhir. Kemudian, para pemanah ini terus turun untuk mendapatkan harta-harta rampasan perang.
Melihat perkara tersebut, Khalid bin Al-Walid mengambil peluang ini untuk kembali semula dan menyerang kaum muslimin dari arah belakang.
Kejadian ini menyebabkan ramai para sahabat yang terbunuh. Seterusnya pihak quraisy menyasarkan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.
Antara sahabat yang berbakti melindungi Rasulullah SAW adalah Nusaibah putri Ka’ab dan Abu Dhujanah yang paling awal memberi bantuan perlindungan dan akhirnya terluka parah apabila ada anak-anak panah yang terkena pada meraka.
Kemudian datanglah Abu Bakar dan Abu Ubaidah membantu melindungi baginda nabi. Melihat dua anak panah yang tertusuk di wajah nabi, Abu Ubaidah terus mencabut menggunakan giginya.
Selepas Perang Uhud
Walaupun dalam pertempuran ini, pasukan muslimin mengalami kekalahan, namun masih dapat mempertahankan posisi di Madinah.
Kemenangan yang dimiliki pihak quraisy dalam perang uhud tidak dapat dimanfaatkan dengan bagus di Madinah dan akhirnya mereka berundur ke Mekah.
Apabila melihat pihak quraisy mundur, Nabi Muhammad SAW memerintahkan pasukan muslim untuk membiarkan mereka berundur kerana inigin menjaga keamanan dan kestabilan di Madinah.
Penyebab Berlakunya Perang Uhud
Perang Uhud terjadi apabila pihak kaum quraisy mengalami kekalahan semasa Perang Badar iaitu setahun sebelum Perang Uhud.
Kekalahan ini meyebabklan pihak quraisy merasa martabatnya direndahkan dan terhina. Dengan tekad untuk memperbaiki reputasi mereka, kaum quraisy nekad untuk memerangi Nabi Muhammad SAW setelah perang badar.
Namun ada beberapa lagi faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Uhud:
Faktor Agama
Bangsa Quraisy sengaja menghalangi orang untuk menuju ke jalan Allah SWT dengan memerangi Nabi Muhammad SAW agar dakwahnya berakhir.
Faktor Ekonomi
Apabila ajaran islam semakin meluas, Rasulullah menempatkan sejumlah tentaranya untuk berjaga di daerah yang memungkin akan diserang oleh kaum musyrik. Sehingga kaum quraisy merasakan pernigaan mereka terbatas.
Perkara ini memberi impak kepada ekonomi quraisy kerana mereka bergantung kepada perdagangan musim panas dan musim sejuk.
Impak dari penjagaan ketat pihak islam, beberapa jalan perdagangan mereka tidak boleh dilalui dan memberi kesan kepada pernigaan mereka yang lainnya.
Faktor Politik
Faktor terakhir tercipnya perang uhud adalah faktor politik apabila Perang Badar menyebabkan beberapa tokoh besar mereka terbunuh hingga menyebabkan mereka semakin lemah.
Semakin banyak orang yang mula memeluk islam adalah salah satu perkara yang membuatkan kaum quraisy merasakan mereka perlu mendapatkan semula kekuatan politik mereka.
Penutup
Banyak ikhtibar yang boleh didapati diadalam peristiwa Perang Uhud ini. Antara yang penting perlu diingatkan dan diawasi iaitu bahayanya apabila melanggar arahan pemimpin yang tegas dan jauh pandangannya yang pastinya akan membawa kepada kerugian dalam pertempuran.
Ini terjadi dalam Peperangan Uhud. Jika para pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW di belakang tentera Baginda tetap tidak berganjak dari tempat mereka sebagaimana yang diarahkan, nescaya tentera musyrik tidak dapat mengepung tentera Islam.
Tentera musyrik juga tidak akan berjaya menukar kekalahan mereka pada permulaan pertempuran kepada kemenangan. Demikianlah kesan melanggar perintah pemimpin. Ia boleh melenyapkan peluang dan memberi kemenangan kepada musuh.
Jom sertai kami bersama menunaikan umrah dan belajar mengenal sejarah islam bersama Mutawwif berpengalaman kami.
Senarai pakej umrah bersama Mustaqim Travel. klik sini