Umrah adalah salah satu ibadah umat Islam ternanti-nanti untuk mengerjakannya. Di sebalik rukun umrah, terselit juga ibadah lain yang perlu dilakukan semasa masih dalam ihram.

Sebelum anda ke sana, anda perlu bersiap sedia dengan panduan yang lengkap agar umrah anda menjadi satu ibadah yang diterima Allah SWT.

 

Ketahui rukun dan panduan Umrah lengkapnya di dalam artikel ini. Teruskan membaca artikel untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Fahami Umrah Untuk Persediaan Awal

Sebelum mengerjakan umrah, lebih elok untuk anda membuat persiapan awal dengan membaca tentang umrah supaya tiada masalah akan timbul.

 

Contoh perkara yang anda perlu tahu sebelum melakukan Umrah adalah niat umrah dan rukun umrah. Dua perkara ini sangat penting supaya ibadat anda sah.

Rukun Umrah

Terdapat 5 rukun umrah yang akan diterangkan dengan lebih lanjut. 

 

Jika salah satu rukun ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah.

1. Berniat Ihram

Sebelum anda melakukan apa-apa ibadat, ia akan dimulakan dengan niat. Jika anda terlupa sama ada sengaja atau tidak sengaja, maka Umrah anda akan batal.

 

Berniat di Miqat adalah yang paling afdal tetapi niat boleh dilakukan sebelum melepasinya. Terdapat 5 Miqat bagi ihram haji atau Umrah.

 

  • Bir Ali atau Zulhulaifah –  ini adalah bagi jemaah yang datang dari arah Madinah

  • Yalamlam – ini bagi Jemaah datang dari arah Yaman

  • Qarnul Manazil – bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat Qarnul Manazril

  • Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.

  • Zatu Irqin – unutk Jemaah yang datang dari arah Iraq

Lafaz niat Umrah adalah:

rukun umrah

Juga terdapat niat umrah bersyarat bagi perempuan yang uzur.

rukun umrah

2. Tawaf

Rukun Umrah yang kedua adalah tawaf. Ia ada amalan Umrah yang pertama dilakukan oleh Jemaah setelah tiba Mekah.

 

Tawaf adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya. Terdapat 8 syarat yang wajib diikuti semasa melakukan tawaf.

 

  1. Menutup aurat seperti di dalam solat

  2. Suci daripada hadas 

  3. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.

  4. Menutup aurat seperti di dalam solat

  5. Hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad

  6. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu

  7. Berjalan itu dengan tujuan tawaf

  8. Cukup tujuh keliling dengan yakin

  9. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah

rukun umrah

3. Saie

Maksud saie adalah berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah. Jarak antara dua bukit ini adalah lebih kurang 420 meter.

 

Ia dilakukan selepas sahaja siap tawaf. Terdapat 7 syarat untuk saie.

 

  1. Hendaklah dilakukan selepas Tawaf

  2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah

  3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali

  4. Hendaklah saie sehingga sampai ke penghujung tempat saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap kali.

  5. Hendaklah Saie di tempat yang ditentukan.

  6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan saie.

rukun umrah

4. Bergunting Atau Bercukur

Setelah selesai saie, jemaah wajib bergunting atau bercukur bagi melepaskan diri daripada pantang larang ihram. Jemaah hendaklah menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut.

Bagi lelaki, ia lebih afdhal untuk mencukur kepala. Jemaah boleh menggunting rambut orang lain tetapi lebih afdal untuk gunting rambut diri sendiri terlebih dahulu.

Selepas siap, maka terlepaslah jemaah daripada segala pantang larang dalam ihram Umrah.

5. Tertib

 

Rukun yang terakhir adalah tertib. Jemaah wajib melakukan rukun Umrah ikut turutan. Sekiranya anda tidak mengikuti tertib, maka tidak sah Umrah anda.

Persiapan Mengerjakan Umrah

 

Sebelum mengerjakan Umrah, anda haruslah menyediakan checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa. 

Ini sangat penting untuk mengelak daripada masalah yang mungkin timbul oleh kerana kekurangan barang.

 

Selain dari wang, terdapat juga 4 barang yang sangat penting untuk dibawa.4 perkara tersebut adalah:

 

  • Pakaian 

  • Toiletries

  • Ubat-ubatan

  • Barang keperluan penting

4 perkara ini sangat penting kerana anda mungkin tidak dapat cari barang-barang ini di Mekah atau di Madinah. Oleh itu, anda perlulah buat persiapan yang rapi supaya anda bersedia.

Kesimpulannya, mengerjakan umrah sangat mudah bagi mereka yang mendapat rezeki untuk ke Tanah Suci. Jangan lupa syarat-syarat yang diterangkan dalam artikel ini!

 

Semoga anda mendapat umrah mabrur jika anda dapat pergi ke sana.

Adakah anda mencari travel agensi untuk membawa anda ke sana? Daftarkan diri anda dengan Mustaqim Travel & Tours.

 

Salah satu kelebihan mereka adalah mereka mempunyai pelbagai pakej mengikut kesesuaian Jemaah. Terdapat 4 pakej yang ditawarkan oleh Mustaqim Travel & Tours.

 

Harga pakej ini dari serendah RM4990 hingga RM6690. Setiap pakej ada kelebihan masing-masing sekiranya anda memilih pakej-pakej tersebut.

 

Yang penting adalah anda tidak perlu risau kerana akan dijaga dengan baik oleh pekerja-pekerja mereka. 

 

Terdapat banyak testimoni dari pelanggan mereka yang menyokong kenyataan ini. Jadi apa lagi anda tunggu? Kunjungi laman web mereka untuk ketahui lebih lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hi, Ada Soalan Nak Tanya Berkenaan Pakej Umrah Kami?
Powered by