Cara Permohonan Visa Umrah

Terdapat cara permohonan visa umrah bagi mereka yang bakal mengerjakan umrah atau haji. Sebelum anda dapat pergi ke sana, anda perlu menyelesaikan urusan ini terlebih dahulu. 

Anda beruntung kerana kebanyakan pakej umrah yang ada di Malaysia akan menguruskan hal Visa anda sekaligus menyenangkan perjalanan anda ke sana.

Namun, jangan ambil mudah perkara ini kerana mungkin visa anda akan disekat kalau tak ada dokumen yang lengkap ini. 

Semoga perjalanan anda ke sana berjalan dengan lancar dan umrah yang mabrur.

Visa Umrah

Visa Umrah merupakan dokumen rasmi yang memberi izin untuk anda tinggal di Arab Saudi hanya untuk keperluan umrah.

Ia dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Arab Saudi kepada sesebuah negara.

Kebiasaannya ia terhad kepada 30 hari dan jemaah umrah pula tertakluk kepada kesesuaian program pakej yang diajukan ke Penyelenggara Umrah di Arab Saudi dari agensi umrah itu sendiri.

Perlu diingatkan bahawa tidak ada kebenaran untuk memohon visa umrah untuk jemaah perseorangan.

Visa umrah hanya digunakan untuk menunaikan ibadah umrah sahaja.

Image result for ibadah umrah

Sesiapa yang menyalahgunakan kebenaran visa ini akan dikenakan hukuman termasuklah pihak yang mengeluarkan visa berkenaan.

Selain itu, visa umrah juga tidak boleh disalahgunakan untuk bekerja di Tanah Suci.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 35 buah negara telah dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk memohon e-visa, dan Malaysia merupakan salah satu daripadanya.

Visa Arab Saudi merupakan dokumen rasmi yang memberi hak kepada pelawat untuk memasuki Arab Saudi sebanyak beberapa kali.

Anda tidak perlu membuat temu janji atau datang ke Pejabat Kedutaan atau Konsulat untuk mengemukakan dokumen asal kepada pihak tersebut.

Sesiapa yang memiliki e-visa boleh berada di Arab Saudi dalam tempoh sehingga 90 hari dan terhad kepada tujuan pelancongan dan perniagaan sahaja.

Untuk memohon e-visa, anda boleh lakukannya di sini.

Dokumen Untuk Memohon Visa

Berbalik kepada permohonan visa umrah, ada beberapa perkara dan dokumen yang diperlukan.

rombongan umrah

Di sini kami kongsikan tatacara permohonan visa umrah.

  1. Mempunyai pasport antarabangsa yang masih sah laku 6 bulan dari tarikh penerbangan dan masih ada sekurang-kurangnya enam muka surat yang belum digunakan.
  2. Mempunyai empat (4) keping gambar berukuran 4cm x 6 cm dengan latar belakang berwarna putih; wanita memakai tudung gelap dan lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau kopiah.
  3. Buku suntikan Meningitis ACW135.
  4. Bagi lelaki berumur 18 tahun ke atas dan wanita berumur 45 tahun ke atas yang telah mencapai tarikh lahir pada tarikh proses permohonan visa tidak memerlukan dokumen mahram jika pergi berseorangan. 5.Salinan dokumen mahram merujuk kepada hubungan mahram seperti dibawah.
JEMAAHMAHRAMDOKUMEN DIPERLUKANNOTA
IsteriSuamiSalinan sijil nikah yang disahkan Pejabat Agama, Bahagian Nikah, Cerai, Rujuk dan Wisma Putra.Pastikan salinan sijil nikah tersebut adalah jelas untuk mengelakkan keraguan pihak Kedutaan Arab Saudi.   Surat Akuan Sumpah untuk menunjukkan hubungan suami isteri tidak akan diterima.
Ibu (45 tahun ke bawah)Anak lelaki (18 tahun ke atas)Salinan sijil lahir anak lelakiPastikan salinan sijil lahir tersebut telah disahkan Jabatan Pendaftaran Negara & Wisma Putra.
Anak perempuan berumur 45 tahun ke bawah & anak lelaki 18 tahun ke bawah.   (Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah & anak lelaki 13 tahun ke  bawah, Ibu perlu ikut serta).BapaSalinan sijil lahir anak disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Bagi perempuan yang telah berkahwin, perlu sertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama, Bahagian Nikah Cerai Rujuk & Wisma Putra berserta surat izin (Letter of Consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.   Suami isteri yang bawa anak lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, sila sertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra.Pastikan salinan sijil tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi. Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa adalah tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
Cucu   (Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah dan anak lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta)Datuk Kedua-dua belah keluarga (bapa/ibu)Salinan sijil lahir cucu.Salinan sijil lahir bapa/ibu yang menunjukkan hubungan disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Surat izin (Letter of Consent) dari bapa perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra.Bagi bapa atau ibu atau kedua-dua ibubapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian perlu disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Perlu surat izin dari waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan. Seperti sijil lahir.
Adik-beradik perempuan berumur 45 tahun ke bawah & lelaki 18 tahun ke bawah   (Jika adik perempuan 15 tahun ke bawah & adik lelaki 13 tahun ke bawah. Ibu perlu turut serta).Adik-beradik lelaki berumur 18 tahun keatas.   (Yang telah mencapai tarikh lahir pada tarikh proses permohonan visa).Salinan sijil lahir kedua-dua beradik yang telah disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Surat Izin (Letter of consent) dari bapa disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra.   Bagi Perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama, Bahagian Nikah Cerai Rujuk & Wisma Putra serta surat izin (Letter of consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra.Pastikan Salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.   Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan adik beradik adalah tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
Anak Saudara   (Jika anak saudara perempuan berumur 15 tahun ke bawah dan anak saudara lelaki yang berumur 13 tahun ke bawah. Ibu perlu ikut serta).Bapa SaudaraSalinan sijil lahir anak saudara. Salinan sijil lahir bapa saudara & Salinan sijil lahir bapa/ibu yang menunjukkan hubungan disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Surat izin (Letter of consent) dari bapa perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah & Wisma PutraBagi Bapa atau kedua-dua ibu bapa yang telah meninggal dunia, Salinan Sijil Kematian perlu disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Perlu surat izindari waris lelaki sebelah bapa dan dokumen sokongan. Seperti sijil lahir.   Pastikan salinan sijil lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh Pihak Kedutaan Arab Saudi.   Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak tiri dan bapa tiriadalahtidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
Anak tiri   (Ibu perlu ikut serta).Bapa TiriSalinan sijil lahir anak tiri yang disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Salinan sijil cerai ibu dan bapa kandung yang disahkan oleh Pejabat Agama, Bahagian Nikah Cerai Rujuk & Wisma Putra.    Sekiranya bapa kandung telah meninggal dunia, sertakan salinan sijil mati bapa yang disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Salinan sijil nikah ibu kandung dan bapa tiri yang disahkan oleh Pejabat Agama, Bahagian Nikah Cerai Rujuk& Wisma Putra.   Surat izin (letter of consent) dari bapa perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra.Bagi Bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian perlu disahkan oleh JPN & Wisma Putra.   Perlu surat izin dari waris lelaki sebelahbapa dan dokumen sokongan. Seperti Sijil lahir.   Pastikan salinan sijil lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.   Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak tiri dan bapa tiri adalah tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.
Anak angkat   (Ibu angkat perlu ikut serta).Bapa Angkat SahajaSalinan sijil anak angkat (JPN) yang disahkan oleh JPN & Wisma Putra.Pastikan salinan sijil lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.   Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak angkat dan ibu bapa angkat adalah tidak diterima oleh pihak kedutaan Arab Saudi.
Warganegara AsingPemastautin Tetap (Permanent Residence) Salinan kad pengenalan yang disahkan oleh JPN & Wisma Putra atau kad pengenalan asal.   Surat pengesahan berbahasa inggeris yang disahkan oleh Notary Public & Wisma Putra.Permit/Visa Pekerja (Employment Pass -Multiple Entry)Surat pengesahan majikan yang disahkan olehNotary Public & Wisma Putra.   Surat pengesahan perlu berbahasa Inggeris Visa Pelajar (Student Visa -Multiple Entry)Surat pengesahan dari Kolej / Universiti / Sekolah yang disahkan oleh Notary Public & Wisma Putra.   Surat pengesahan perlu berbahasa Inggeris.   Visa Keluarga (Social Visit) / DependentPass) (Multiple Entry)Salinan sijil nikah / sijil lahir disahkan oleh kedutaan masing-masing & Wisma Putra.   Visa /Permit perlu sahlaku 6 bulan keatas dari tarikh permohonan Visa.Pemastautin Tetap (Permanent Residence) Salinan kad pengenalan yang disahkan oleh JPN & Wisma Putra atau kad pengenalan asal.   Surat pengesahan berbahasa inggeris yang disahkan oleh Notary Public & Wisma Putra.Permit/Visa Pekerja (Employment Pass -Multiple Entry)Surat pengesahan majikan yang disahkan olehNotary Public & Wisma Putra.   Surat pengesahan perlu berbahasa Inggeris Visa Pelajar (Student Visa -Multiple Entry)Surat pengesahan dari Kolej / Universiti / Sekolah yang disahkan oleh Notary Public & Wisma Putra.   Surat pengesahan perlu berbahasa Inggeris.   Visa Keluarga (Social Visit) / DependentPass) (Multiple Entry)Salinan sijil nikah / sijil lahir disahkan oleh kedutaan masing-masing & Wisma Putra.   Visa /Permit perlu sahlaku 6 bulan keatas dari tarikh permohonan Visa.  Bagi pembantu rumah (Maid) majikan perlu ikut serta dan disahkan di Notary Public & Wisma Putra.   Visa perlu sahlaku 6 bulan ke atas.   Hal-hal lain tertakluk pada budi bicara kedutaan Arab Saudi.

Sedang mencari pakej umrah yang berbaloi?

Mustaqim Travel & Tours menawarkan empat pakej menarik mengikut kesesuaian bajet anda.

Pakej Safwah Popular

Pakej Safwah Extra

Pakej Safwah Mewah Selesa

Pakej Safwah Family Combo

Harga pakej umrah bermula dari RM8,995.

Mustaqim Travel & Tours ditubuhkan sejak 2015 yang lalu dan telah menjadi pilihan umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah umrah.

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Cara Permohonan Visa Umrah”

  1. saya kerja spore ulang alik guna passport Malaysia & work permit …bagaimana hendak kerja spore sedangkan pasportnya diambil utk semakan visa dlm masa 2 minggu dlm tempoh tu saya perlu bekerja…adakah pasport sementara dikeluarkan mohon pencerahan

    1. Jika tuan/puan bekerja di Singapore dan memerlukan Passport, kami akan beri kelonggaran untuk memegang passport sendiri selepas selesai proses permohonan visa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAFTAR HAJI 1446H / 2025

DAFTAR UMRAH

Pilihan Pakej