Umrah merupakan salah satu ibadah yang menjadi impian umat Islam. Dengan panduan umrah ini, diharapkan agar dapat membantu anda melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna.

Bagi yang berhajat untuk mengerjakan umrah, terdapat panduan umrah yang boleh diikuti.

Ia sebagai rujukan untuk kita mengetahui apa yang kita boleh buat, apa yang dilarang dan sebagainya.

Menurut Ijma’ Ulama’, umrah hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hidup bagi orang yang mampu (sekali dengan haji).

Kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Untuk mengetahui panduan umrah lengkap, teruskan membaca sampai habis.

Maksud Umrah

panduan umrah

Umrah ialah haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I’timar yang bermaksud ziarah.

Orang yang mengerjakan umrah akan berniat ihram umrah dari miqat, mengerjakan tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari ihram dengan bercukur atau bergunting.

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jemaah haji dan umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripada Nya, Dia akan mengampunkan mereka.”

Rukun Umrah

umrah

Berikut merupakan 5 rukun umrah yang perlu anda ketahui:

1. Berihram

Memakai pakaian ihram. Bagi lelaki, memakai 2 lembar kain putih yang tidak berjahit.

Manakala bagi wanita pula pakaian ihram lebih bebas yang menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan.

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih.

2. Tawaf

Mengelilingi kaabah 7 pusingan. Niat tawaf adalah “Aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.

3. Saie

Syarat sah saie ialah dilakukan selepas tawaf, dengan tujuan hendaklah semata-mata untuk saie.

Bermula dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah, sempurna bilangan 7 kali dari kaki bukit ke kaki bukit.

Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Tahallul

Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah.

Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.

Adalah afdhal bagi lelaki untuk bercukur.

Bagi yang tiada rambut di kepala, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.

5. Tertib

Setiap rukun yang dilakukan mesti mengikut turutan dengan tertib.

Persediaan Sebelum Mengerjakan Ibadah Umrah

panduan umrah

Sebelum menunaikan umrah di Mekah, perkara-perkara sunat boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat umrah.

Antara persediaan umrah ialah:

– Memotong kuku, merapikan janggut, misai dan rambut, mencabut bulu ketiak, menggosok gigi dan membersihkan anggota badan

– Mandi sunat ihram

– Mengambil wudhu’

– Memakai pakaian ihram selepas mandi sunat ihram

– Solat sunat ihram, boleh dilakukan di hotel atau di Miqat sebelum niat ihram

Kelengkapan Umrah (Senarai Barang yang Perlu Dibawa)

ihram

Senarai kelengkapan umrah yang perlu ada dalam checklist anda:

1. Kain ihram dan aksesori

2. Telekung dan mini telekung

3. Sejadah

4. Botol spray wudhu’

5. Pakaian yang sesuai

6. Uncang untuk simpan kasut

7. Label beg dan telekung

8. Ubat-ubatan dan keperluan kesihatan

9. Buku doa

Panduan Umrah yang Ringkas dan Mudah (Mengikut Sunnah Nabi)

Ramai yang risau untuk mengerjakan umrah kerana merasakan umrah itu susah.

Sedangkan anda boleh mengikuti panduan umrah dengan mudah dan tanpa perlu pergi kursus umrah.

Panduan umrah yang mudah dilakukan boleh mengurangkan keresahan mereka yang baru nak pergi umrah.

Berikut adalah panduan yang sesuai bagi jemaah yang bermula dari Madinah kemudian ke Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Perjalanan anda bermula dari satu tempat bernama Miqat Birr ‘Ali.

Di sini anda disunatkan untuk bersolat sunat tahiyatul masjid dua rakaat, kemudian berniat untuk mengerjakan umrah dan berihram kerana Allah Taala.

Ketika ini, anda juga disunatkan untuk bertalbiyah:

Image result for talbiyah"

Selepas anda tiba di Mekah dan selesai urusan check-in hotel, inilah saat nya untuk mengerjakan umrah.

Semuanya bermula di saat anda memasuki kompleks Masjidil Haram. Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w., anda digalakkan untuk berdoa sebaik sahaja anda masuk ke Masjidil Haram.

Terdapat banyak lagi Sunnah Nabi yang anda boleh amalkan sepanjang umrah.

Ketahui lebih lanjut tentang panduan mengerjakan umrah daripada Ustaz Shamsuri di bawah ini:

Larangan Semasa Ihram

panduan umrah

Setelah melafazkan niat ihram dan lengkap berpakaian ihram, anda mesti meninggalkan larangan ihram.

Berikut merupakan 13 larangan semasa ihram yang patut anda ketahui.

Jika anda melanggar salah satu atau lebih daripadanya, anda akan dikenakan dam:

1. Memakai sarung tangan
2. Memakai bau-bauan atau minyak wangi (di badan atau pakaian)
3. Memakai minyak rambut, janggut atau semua bulu lain selain dari bulu di pipi dan dahi
4. Mencabut rambut atau apa-apa bulu lain di badan
5. Memotong kuku
6. Mengerat, memotong, mencabut atau menebang pokok di Tanah Haram
7. Memburu atau membinasakan binatang buruan (yang halal dimakan) di Tanah Haram
8. Melakukan pendahuluan persetubuhan (yang menaikkan nafsu syahwat)
9. Berjimak atau bersetubuh
10. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin
11. Memakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum (untuk lelaki sahaja)
12. Menutup kepala atau sebahagian darinya seperti kopiah atau topi (untuk lelaki sahaja)
13. Menutup muka atau seperti pakai purdah (untuk wanita sahaja)

Umrah Bersama Mustaqim Travel

Anda berhajat untuk mengerjakan umrah? Pilihlah Mustaqim Travel.

Dengan Mustaqim Travel, anda akan menaiki penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah.

Selain itu, pengurusan visa umrah juga akan diuruskan sepenuhnya oleh ejen berpengalaman. Hotel 5 bintang atau setaraf akan disediakan khas untuk anda.

Jangan risau, terdapat insurans dan perlindungan takaful dalam pakej umrah ini.

Anda akan diiringi oleh mutawwif berpengalaman dan terlatih.

Mustaqim Travel menawarkan 4 pakej umrah mengikut bajet dan pilihan anda:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Hi, Ada Soalan Nak Tanya Berkenaan Pakej Umrah Kami?
Powered by