Menunaikan Umrah adalah impian terbesar bagi setiap umat Islam. Setiap tahun, jutaan jemaah dari seluruh dunia berkunjung ke Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah. Dalam dunia moden ini, teknologi memudahkan banyak perkara, termasuk perjalanan untuk menunaikan Umrah. Walaupun pilihan utama untuk menunaikan Umrah adalah dengan mengambil bersama agensi, kini semakin ramai yang beralih kepada pilihan Umrah DIY (Do-It-Yourself).
Artikel ini akan mengulas secara terperinci mengenai kedua-dua pilihan ini dan mengapa pakej Umrah lebih berbaloi dan lebih berfaedah untuk anda.
Apa Itu Umrah DIY?
Umrah DIY (Do-It-Yourself) merujuk kepada pilihan bagi individu atau kumpulan yang ingin merancang perjalanan Umrah mereka tanpa bergantung pada agensi pelancongan berdasarkan pakej yang disediakan.
Dalam kaedah ini, jemaah akan menguruskan sendiri semua aspek perjalanan, termasuk pembelian tiket penerbangan, penginapan di Makkah dan Madinah, serta pengurusan pengangkutan semasa berada di sana. Jemaah juga perlu memastikan visa Umrah/visa pelancong, jadual perjalanan, dan keperluan lain diselesaikan sendiri, tanpa bantuan perkhidmatan luar. Ini termasuk :
Tempahan Tiket Penerbangan: Anda memilih sendiri penerbangan yang sesuai dengan bajet dan jadual perjalanan.
Visa Umrah: Anda perlu memohon visa Umrah / visa pelancong secara langsung melalui saluran rasmi.
Penginapan di Makkah dan Madinah: Anda mempunyai kebebasan memilih hotel berdasarkan bajet dan keselesaan yang anda inginkan.
Pengangkutan di Arab Saudi: Anda boleh memilih pengangkutan sendiri, termasuk penggunaan Haramain High-Speed Train untuk perjalanan antara Makkah dan Madinah.
Dengan Umrah DIY, segala-galanya diuruskan secara bebas tanpa sebarang ikatan dengan pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan. Ini memberi kebebasan penuh kepada jemaah untuk merancang perjalanan mengikut kehendak dan bajet mereka.
Kelebihan Umrah DIY
Penjimatan Kos yang Ketara : Ramai yang memilih Umrah DIY kerana ia dilihat lebih menjimatkan. Tanpa perlu membayar servis perkhidmatan agensi dan pengurusan pakej, kos perjalanan boleh dikurangkan.
Namun, adakah penjimatan ini benar-benar memberi manfaat jika ditimbang dengan risikonya?
Kebebasan Menyusun Jadual : Umrah DIY memberi anda kebebasan untuk menentukan jadual ibadah dan aktiviti anda sendiri. Anda tidak perlu mengikut jadual yang ditetapkan oleh agensi.
Namun, kebebasan ini boleh menjadi satu beban bagi mereka yang tidak berpengalaman dalam merancang perjalanan atau yang baru pertama kali menunaikan Umrah.
Pengalaman yang Lebih Peribadi : Bagi mereka yang sukakan privasi dan tidak ingin bergantung kepada orang lain, Umrah DIY boleh menawarkan pengalaman yang lebih peribadi.
Namun, pengalaman ini sering kali datang dengan cabaran, terutamanya jika berlaku masalah logistik atau apabila memerlukan bantuan dalam urusan ibadah.
Kekurangan Umrah DIY
Proses Perancangan yang Lebih Rumit :
Walaupun Umrah DIY menawarkan kebebasan dan penjimatan kos, ia juga melibatkan banyak langkah yang perlu diuruskan dengan teliti.
Mulai dari permohonan visa sehingga memilih penginapan yang sesuai, setiap langkah memerlukan perhatian yang teliti untuk memastikan perjalanan anda berjalan lancar. Bagi mereka yang kurang berpengalaman dalam perancangan perjalanan, ini boleh menjadi agak mencabar.
Ketiadaan Bimbingan daripada Mutawwif :
Salah satu kekurangan utama dalam memilih Umrah DIY adalah ketiadaan mutawwif atau orang yang berpengalaman yang akan membimbing anda sepanjang perjalanan ibadah.
Umrah adalah satu ibadah dan bukannya percutian santai seperti anda melancong ke negara-negara lain. Umrah mempunyai rukun dan larangan yang perlu dipatuhi dan diteliliti. Jangan ambil ringan tentang perkara ini dan perkara ini tidak lah boleh dirujuk melalui buku panduan ataupun Ustaz G (Google).
Bimbingan yang diberikan oleh mutawwif berpengalaman sangat penting, terutama bagi mereka yang pertama kali menunaikan Umrah.
Tanpa bimbingan yang tepat, terdapat risiko tidak mengetahui atau terlupa langkah-langkah penting dalam ibadah.
Sebagai contoh, satu pengalaman yang diceritakan oleh jemaah yang membuat Umrah DIY, mereka telah dikenakan dam kerana tersalah melakukan Saie yang sepatutnya dilakukan bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah.
Akan tetapi, ia berlaku sebaliknya apabila mereka melakukan saie bermula daripada Bukit Marwah. Perkara ini diketahui setelah mereka tiba di tanah air kerana terdengar daripada seorang ustaz yang bercerita mengenai Saie di televisyen. Akibat kesilapan ini, mereka dikenakan dam seekor unta bersamaan RM 4000.
Sumber : Ahmad Isa
Risiko Kesilapan Logistik :
Dalam Umrah DIY, jika anda tidak berhati-hati, terdapat risiko kesilapan seperti tempahan penginapan yang salah, tiket penerbangan yang tidak sesuai, atau masalah dengan pengangkutan. Semua ini boleh merosakkan pengalaman ibadah yang sepatutnya penuh keberkatan dan ketenangan.
Seperti satu kejadian oleh jemaah Umrah DIY pada tahun lepas, hotel yang mereka book untuk tinggal semasa berada di Mekkah, telah disita oleh kerajaan Arab Saudi kerana tidak mempunyai permit.
Sumber : Rusila Yusof
Komunikasi Yang Terhad :
Bagi Jemaah yang tidak fasih berbahasa arab, memilih Umrah DIY adalah bukan langkah yang terbaik. Kebanyakan penduduk tanah arab tidak semuanya boleh berbahasa inggeris atau melayu. Ini boleh menyukarkan anda untuk menaiki teksi atau proses menempah hotel kerana tidak dapat berkomukasi dengan mereka.
Bukan sekadar menyukarkan anda untuk mengambil teski ke sesuatu tempat, anda juga mungkin berisiko tinggi untuk di’scam’ oleh penduduk disana. Ya betul! Makkah dan Madinah mungkin dianggap tanah suci, akan tetapi tempat ini juga terdapat banyak isu ‘scam’ dan penipuan.
Seperti yang terjadi kepada salah seorang Jemaah Umrah DIY yang di’scam’ oleh penduduk Makkah.
Secara tiba-tiba Mereka didatangi seorang penduduk di Makkah, dan terus memotong beberapa helai rambut mereka bagi tujuan bertahalul tanpa sebarang persetujuan.
Mereka menyangka bahawa perkhidmatan tahalul ini adaah percuma, akan tetapi individu tersebut membuat isyarat tangan seolah olah meminta duit kepada mereka dan menunjukkan tanda ‘lima’ bagi menyatakan yang mereka perlu membayar 5 Riyal setiap seorang.
Begitulah pengalaman di’scam’ oleh penduduk di tanah Arab.
Sumber : Firdaus Azman
Mengapa Pakej Umrah Bersama Agensi Pelacongan Lebih Berbaloi?
Mari kita lihat dengan lebih mendalam mengapa memilih pakej Umrah adalah pilihan yang lebih bijak bagi kebanyakan orang. Walaupun ada yang melihat pakej Umrah sebagai mahal, namun banyak kelebihan yang menjadikannya berbaloi. Berikut adalah beberapa sebab mengapa pakej Umrah jauh lebih berfaedah dan lebih selesa berbanding Umrah DIY.
1. Kemudahan dan Keselesaan
Salah satu kelebihan utama pakej Umrah adalah kemudahan yang ditawarkan. Segala aspek perjalanan, seperti penginapan, pengangkutan, dan visa, semuanya diuruskan oleh ejen pelancongan berpengalaman.
Anda tidak perlu risau tentang perkara-perkara seperti tempahan hotel atau membeli tiket penerbangan. Dengan pakej Umrah, anda hanya perlu fokus pada ibadah, sementara segala-galanya telah diatur dengan sempurna untuk anda.
Agensi akan memilih hotel-hotel berdekatan dengan masjid untuk memudahkan perjalanan anda dan memastikan penginapan yang selesa sepanjang perjalanan.
2. Bimbingan Sepanjang Perjalanan
Salah satu kelebihan terbesar dalam pakej Umrah adalah bimbingan oleh mutawwif. Mutawwif adalah seorang yang berpengalaman yang akan mengiringi jemaah sepanjang perjalanan ibadah mereka. Bimbingan ini sangat berguna untuk mereka yang pertama kali menunaikan Umrah.
Mutawwif bukan sahaja membantu dalam aspek spiritual, tetapi juga memberi panduan tentang perjalanan dan tatacara ibadah yang betul. Ini mengurangkan kerisauan dan memastikan ibadah anda sahih dan diterima oleh Allah.
3. Pengurusan Semua Aspek Perjalanan
Pakej Umrah memberikan anda sokongan penuh dalam semua aspek perjalanan. Dari segi pengurusan visa, penerbangan, penginapan, pengangkutan, hingga ke bimbingan ibadah, semuanya telah dirancang dengan teliti oleh agensi.
Ini memberi anda ketenangan fikiran kerana anda tidak perlu risau tentang apa-apa. Perjalanan Umrah anda akan menjadi lebih lancar dan teratur.
4. Jaminan Kesihatan
Kesihatan adalah aspek yang paling penting ketika mengerjakan Umrah. Anda perlu sedia maklum bahawa ubat atau kos rawatan disana adalah tinggi berbanding Malaysia.
Sebagai contoh, sebotol ubat batuk di Malaysia hanya sekita RM20, tetapi di Tanah arab mencecah sehingga 45-50 Riyal bersamaan RM50-RM60.
Dengan mengambil pakej Umrah bersama agensi, kos ini dapat dikurangkan kerana agensi mempunyai pengalaman untuk mengurus jemaah yang jatuh sakit untuk dihantar ke hospital.
5. Bantuan Jika Terjadi Masalah
Sekiranya berlaku sebarang masalah semasa perjalanan – seperti kelewatan penerbangan, masalah penginapan, atau pengangkutan – agensi akan menyediakan bantuan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Dengan pakej Umrah, anda tidak perlu bimbang tentang masalah logistik yang boleh merosakkan pengalaman ibadah anda. Jika ada masalah, agensi akan bertindak pantas untuk menyelesaikan isu tersebut, memberikan anda lebih banyak masa untuk beribadah.
6. Jaminan Keselamatan dan Kepatuhan Dari Segi Undang-undang
Bagi jemaah yang mengambil pakej Umrah bersama agensi, anda akan dilindungi dengan jaminan keselamatan yang lebih tinggi, kerana agensi lebih berpengalaman dengan prosedur yang perlu diikuti ketika berada di Arab Saudi.
Dengan pilihan pakej Umrah, anda dapat memastikan bahawa perjalanan anda mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi serta pihak berkuasa tempatan. Ini memberi anda ketenangan dan mengurangkan risiko menghadapi masalah undang-undang atau prosedur.
Mana Pilihan Yang Lebih Berbaloi?
Apakah pilihan yang lebih berbaloi, Umrah DIY atau Pakej Umrah? Sebagai jemaah yang berfokus pada ibadah dan ingin menunaikan Umrah dengan penuh ketenangan dan kemudahan, pakej Umrah adalah pilihan yang lebih bijak. Pilihan bersama agensi pelancongan memastikan segala-galanya diuruskan oleh pihak yang berpengalaman, memberi anda lebih banyak masa untuk beribadah dengan tenang tanpa gangguan logistik.
Bagi mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan menginginkan pengalaman yang lebih tersusun dan lebih selamat, pakej Umrah jelas lebih berbaloi. Dengan bantuan mutawwif yang berpengalaman, penginapan yang selesa, dan pengurusan penuh perjalanan, ibadah Umrah anda akan lebih bermakna dan lebih memuaskan.
Tidak kira apa pun pilihan anda, yang paling penting adalah niat yang ikhlas dalam menunaikan ibadah Umrah. Semoga perjalanan suci anda diberkati dan diterima oleh Allah. Pilihlah yang terbaik untuk diri anda dan keluarga agar perjalanan Umrah anda menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Jom lengkapkan ibadah Umrah anda bersama Mustaqim Travel!