Tips Mendapat Haji Mabrur

 

 

Haji Mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan al Mabrur sebagai al Maqbul iaitu “diterima”. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa)

Imam al-Nawawi berkata: “Menurut pendapat yang paling sahih dan masyhur, yang dimaksudkan dengan mabrur adalah yang tidak dicemari dengan dosa.Ciri-cirinya dan hasil kemabruran tampak jelas pada dirinya, seperti akhlak dan perilaku setelah melaksanakan haji jauh lebih baik daripada perilakunya sebelum haji.”(Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/119-120)


Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

Maksudnya: “Haji yang mabrur, tidak ada ganjarannya selain syurga.”

Riwayat al-Bukhari (1650) dan Muslim (2403)

Berdasarkan Hadis dan Maksud diatas, kemabruran haji menjadi tujuan utama setiap jemaah haji kerana didalamnya terdapat hikmah yang berharga.

Salah satu keuntungan mendapatkan haji mabrur adalah segala dosa-dosanya akan diampunkan oleh nya. Selain itu, jemaah haji yang mendapat haji mabrur dijanjikan dengan Syurga yang menjadi dambaan setiap hamba diatas muka bumi ini.

Jemaah haji 2024

Berikut adalah ulasan tips-tips bagi mendapatkan haji mabrur dan sedikit perkongsian penulis semasa melakukan haji pada tahun 2024 (1445H):

1. Niat Mendapat Haji Mabrur Kerana Allah swt

Pertama sekali cara mencapai haji mabrur adalah dengan menetapkan niat beribadah semata-mata hanya karena Allah SWT dan mengharapkan redha nya.

Melangkahnya kaki ke tanah suci sebagai duyufurrahman bukanlah untuk membeli belah dan bukan juga bukan kerana ingin mendapatkan gelaran haji semata-mata.

Sebaliknya, tujuan utama mengerjakan ibadah haji adalah bagi memenuhi panggilan Allah SWT. Jika seseorang pergi ke tanah suci dengan niat yang ikhlas, insyaallah semua urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Namun, jika menghadapi kesulitan dalam melaksanakan ibadah haji, itu adalah sebahagian daripada ujian Allah SWT bagi membersihkan dosa-dosa silam.

2. Menjaga Sumber Harta

Bagi mencapai haji mabrur, amatlah penting bagi jemaah untuk memperhatikan aspek kewangan dalam persiapan mengerjakan ibadah haji.

Jemaah harus memastikan bahwa dana yang mereka gunakan untuk membiayai perjalanan mereka ke tanah suci tidak berasal dari harta yang syubhah (meragukan) atau yang haram.

Menggunakan harta yang halal adalah salah satu syarat penting untuk menjaga kesucian ibadah haji dan memastikan bahwa perjalanan ke Tanah Suci diterima oleh Allah SWT.

Pada musim haji tahun ini (1445H), ada seorang dalam kalangan jemaah yang kami uruskan berstatus usahawan, beliau membawa 3 orang adik beradik dia menunaikan haji bersama beliau. Beliau menanggung sepenuhnya adik beradik nya.

Besarnya pengorbanan beliau, membelanjakan harta yang dimiliki kepada adik beradik sendiri. Semoga beliau sentiasa diberkati dan dirahmati, insyaallah.

3. Membersihkan Diri Dari Dosa

Cara mencapai haji mabrur ketiga, harus membersihkan diri dari dosa-dosa, baik dosa yang timbul dari hati, lidah, mahupun tingkah laku. Samada dosa tersebut dosa yang berkait individu dengan Allah SWT ataupun dosa sesama manusia samada sedar atau pun tidak.

Bagi membersihkan dosa-dosa silam, individu perlu melakukan taubat nasuha , istighfar (memohon ampunan Allah), dan memohon maaf serta memaafkan diantara keluarga, adik beradik, jiran, sahabat handai dan semua yang mengenali.

Pada hakikatnya, jemaah perlu merenungkan perbuatan-perbuatan yang melanggar aturan agama dan sungguh-sungguh bertaubat, memohon keampunan Allah, serta berikrar untuk tidak mengulanginya lagi.

“Barang siapa yang berhaji, menjaga dirinya untuk tidak berkata dan berbuat kotor (dosa) dan tidak berbuat pelanggaran (secara terang terangan), maka diampunilah segala dosanya (terkait dengan Allah) seperti saat dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Bukhari Muslim)

Memohon keampunan bukan sahaja sebelum berlepas menunaikan ibadah haji, malah jemaah perlu sentiasa memohon keampunan lebih lagi semasa melakukan ibadah di Tanah Suci kerana sifat manusia yang tidak akan terlepas dari sebarang dosa.

4. Menyempurnakan Syarat Sah, Wajib Haji dan Rukun Haji

Bermabit Di Muzdalifah

Cara mencapai haji mabrur adalah faham serta melaksanakan ibadah haji di Tanah Suci dengan tertib seperti memahami Syarat Sah Haji, Wajib Haji dan Rukun Haji . Termasuk juga, jemaah perlu mengetahui larangan-larangan dalam pelaksanaan ibadah haji.

Syarat Sah Haji mengikut Mazhab Syafie:

  1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  3. Mukallaf.
  4. Berkemampuan dengan syarat:
    • Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
    • Ada kenderaan pergi dan balik.
    • Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
    • Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
    • Aman perjalanan.

Sementara itu, Wajib Haji adalah perkara yang perlu dilakukan jemaah haji semasa melakukan haji. Wajib membayar Dam jika meninggalkannya.

Perkara Wajib Haji adalah seperti dibawah:

  1. Berihram dari Miqat.
  2. Wuquf di Arafah.
  3. Bermalam di Muzdalifah.
  4. Bermalam di Mina.
  5. Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.
  6. Melontar setiap Jamrah.
  7. Tawaf Wida’

Rukun Haji ialah perkara yang mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang tidak sah/tidak sempurna/ tergantung dan masih tertakluk dengan larangan ihram

Rukun Haji ada 6 perkara:

  1. Niat Ihram Haji
  2. Wukuf di Arafah
  3. Tawaf di Kaabah
  4. Sa’ie diantara Bukit Safa dan Marwah
  5. Bergunting atau Bercukur Rambut
  6. Tertib pada kebanyakan rukun

Dalam menjalankan ibadah haji, penting bagi jemaah untuk memiliki pemahaman yang baik tentang tata cara dan kewajiban-kewajiban yang harus dilakukan. Pemahaman ini akan membantu jemaah melaksanakan ibadah dengan benar dan memastikan bahwa haji yang mereka lakukan diterima oleh Allah atau mabrur.

5. Perbanyakkan Berbuat Kebaikan Sepanjang Perjalanan Haji

Memperbanyakkan berbuat kebaikan di Tanah Suci bagi mengekalkan momentum ibadah disana. Selain itu niat jugak perlu tetap untuk berbuat kebaikan hanya kerana Allah SWT. Lakukan segala kebaikan dengan hati ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Seperti yang kita ketahui, semasa musim haji sememangnya ramai para jemaah yang datang dari pelusuk dunia bagi mengerjakan ibadah haji. Disini, kesabaran kita akan diuji dari pelbagai sudut lebih lagi sikap manusia.

Perbanyakan bertolak ansur dan dan mengalah kerana kelak pasti Allah SWT akan menggantinkannya dengan jauh yang lebih baik.

Kebiasannya, semasa musim haji jemaah boleh melakukan “sabil” atau sedekah samada berbentuk makanan, kerusi lipat untuk solat, kerusi roda dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh, semasa musim haji yang lepas, kami menjadi wakil kepada jemaah bagi menguruskan “sabil” yang diamanahkan oleh jemaah. Kami membahagikan kepada beberapa keperluan asas yang sering menjadi keperluan bagi jemaah yang datang ke Tanah Suci antaranya Makanan, kerusi roda, kerusi lipat bagi kegunaan masjid dan naskah Al-Quran.

Sedekah makanan daripada Jemaah Haji Mustaqim Travel (1445H)

6. Perbanyakkan Sabar dan Bersyukur

Ibadah Haji merupakan ibadah yang berat dan sangat memerlukan pengurusan emosi yang jitu. Lebih lagi, semasa musim haji keadaan disana adalah sangat panas berbeza dengan negara kita.

Suhu harian disana boleh mencapai 45 Degree Celsius pada musim panas. Malah suhu lebih tinggi semasa Hari Arafah mencecah 50 Degree Celsius.

Keadaan panas di arafah semasa waktu puncak. Selepas gambar ini dirakam, telefon terus mengalami suhu tinggi dan terpadam akibat cuaca yang panas

Disebabkan keadaan panas begini, emosi sangat perlu dijaga agar kita tidak terlepas kata-kata yang mampu mengurangkan pahala ibadah kita.

Disini kita sebagai duyufurrahman akan tahu bahawasnya kita semua adalah sama disisi Allah SWT dan pangkat serta harta yang kita miliki bukan lagi mejadi penanda aras kehidupan kita.

Kita dapat lihat, begitu ramai manusia yang dijemput ke Tanah Suci mengerjakan Haji datang dengan pelbagai cara. Bagi kita yang datang melalui pakej yang boleh dikatakan serba serbi lengkap, perasaan syukur menerjah masuk di hati kerana Allah SWT izinkan kita hadir dengan cara yang kita mampu dan selesa.

Penutup

Diatas adalah 6 Tips Haji Mabrur yang boleh diterapkan dalam diri sebelum, semasa dan selepas mengerjakan ibadah haji. Semoga tips haji mabrur yang dikongsikan dapat memberi panduan bagi para duyufurrahman.

Bagi anda yang ingin mengerjakan Haji ataupun Umrah, kami mempunyai pakej yang sesuai untuk anda dan sesisi keluarga. Mustaqim Travel & Tours mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan jemaah haji mahupun umrah.

Lihat senarai Pakej Haji disini

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAFTAR HAJI 1445H / 2024

DAFTAR UMRAH

Pilihan Pakej