Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NMC), Musim Haji 2025 akan menjadi musim haji terakhir pada musim panas.
Jurucakap NMC, Encik Hussein Al-Qahtani, seperti yang dilaporkan oleh Saudi Gazzette, menyatakan: “Musim haji akan memasuki fasa baru perubahan iklim pada tahun 2026. Kita tidak akan menyaksikan haji musim panas semula selepas 17 tahun.”
Seperti yang kita ketahui, suhu purata Musim Haji 2024 adalah sekitar 45 hingga 47 darjah celcius. Bagi Musim Haji 2025 bakal menjadi tahun terakhir musim panas, sebagai jemaah yang bakal menjadi tetamu Allah SWT semasa musim haji 2025 perlulah bersedia dengan persiapan musim panas sebelum berlepas ke Tanah suci.
Persiapan Sebelum Berlepas
Keperluan Yang Perlu Dibawa
Semasa musim haji 2025 yang bakal tiba, di Tanah Suci masih musim panas. Dibawah kami sediakan list barangan yang perlu dibawa jemaah lelaki dan wanita sepanjang berada di Tanah Suci.
List barangan diatas adalah diantara list barangan yang kami sarankan para jemaah bawa supaya semasa di Tanah Suci jemaah tak perlu membeli semula. Harga barangan mungkin juga akan sedikit meningkat semasa musim-musim haji.
Kelebihan musim panas disana, jemaah tidak perlu membazir untuk ke dobi kerana kebanyakan hotel di kawasan aziziyah mempunyai tempat untuk para jemaah sidai pakaian di tingkat atas.
Keadaan panas di sana menyebabkan masa pengeringan pakaian singkat, sekitar 2 hingga 3 jam sahaja.
Persiapan Mental Sebelum Berlepas
Ibadah Haji sangat memerlukan kekuatan mental dan emosi. Memperbanyakkan berdoa dan berzikir untuk menenangkan jiwa, serta memohon perlindungan dan kekuatan daripada Allah.
Harus diingat bahawa Haji adalah panggilan Allah, dan setiap ujian yang dihadapi merupakan peluang untuk meningkatkan kesabaran dan keimanan.
Bersabarlah dalam menghadapi cabaran seperti cuaca panas, kesesakan, dan keletihan.
Kekalkan sikap positif dan bantu-membantu sesama jemaah, kerana ia adalah sebahagian daripada nilai ibadah yang dituntut.
Setiap langkah menuju ke Baitullah adalah langkah penuh keberkatan dan ganjaran yang besar.
Persiapan Fizikal Sebelum Berlepas
Selain persediaan mental, ibadah haji turut melibatkan banyak pergerakan fizikal terutama berjalan kaki. Mulakan latihan fizikal dengan berjalan setiap hari untuk meningkatkan stamina.
Semasa musim haji 1445H, kami membuat catatan langkah bagi mengenal pasti jumlah langkah. Purata jumlah langkah yang dapat dicatatkan sekitar 9,500 langkah sehari. Manakala yang tertinggi adalah 23,000 langkah.
Tawaf memerlukan kita berjalan tujuh pusingan mengelilingi Kaabah, manakala Sa’i memerlukan kita berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali.
Di Mina pula, kita perlu melontar jamrah yang melibatkan perjalanan jauh, sehingga 8 km pergi dan 8km balik.
Latihan yang konsisten, seperti mendaki tangga dan melakukan senaman ringan, boleh membantu menguatkan otot dan memastikan kita tidak mudah penat ketika melaksanakan ibadah.
Bagi jemaah yang mengikuti pakej haji swasta atau yang menaik taraf pakej haji mereka, semasa di Mina khemah jemaah ini kebiasaan nya akan lebih dekat berbanding jemaah haji malaysia dibawah kelolaan tabung haji.
Selain itu, jemaah yang mengikuti pakej haji swasta atau naik taraf ini akan ada pilihan selepas selesai bermabit di mudzalifah dan keesokannya jemaah akan melakukan Jamratul Aqoba serta 3 hari kedepan untuk menyelesaikan lontaran jamrah. Jemaah ini boleh memilih untuk menginap di hotel yang disediakan di Aziziyah ataupun ingin menginap di khemah mina.
Ini disebabkan, ada diantara jemaah yang mengalami masalah kesihatan seperti sakit lutut dan sebagainya yang menyebabkan mereka sukar untuk berjalan jauh apabila menginap di Khemah Mina.
Mereka akan bermabit di sekitar kawasan jamrat pada malam harinya sebelum menyelesaikan lontaran jamrah bermula selepas subuh.
Jarak antara hotel di Aziziyah dan kawasan jamrat sangat dekat sekitar 800meter berbanding kawasan khemah mina yang lebih jauh.
Semasa di Tanah Suci
Walaupun persiapan rapi telah dilakukan di Tanah Air sebelum berlepas ke Tanah Suci, terdapat juga beberapa perkara jemaah perlu bersedia ketika menjalani ibadah haji. Ibadah Haji kebiasaanya mengambil masa dari 25 hari sehingga 40 hari.
Ujian Terhadap Kesihatan
Salah satu perkara yang jemaah perlu bersedia adalah masalah kesihatan yang mungkin akan dihadapi jemaah apabila tiba di Tanah Suci. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan tubuh badan belum biasa dengan keadaan setempat.
Jumlah jemaah yang ramai juga menjadi faktor masalah kesihatan bagi jemaah yang mempunyai daya tahan badan yang kurang walaupun sebelum berlepas semua jemaah telah mengambil vaksin (meningococcal & influenza).
Bagi jemaah Mustaqim Travel, kemudahan Kad Perubatan bagi akses kesihatan yang selesa akan diberikan kepada setiap jemaah sepanjang mengerjakan ibadah haji.
Ujian Kesabaran
Setiap tahun kira-kira hampir 3 juta umat manusia yang datang dari seluruh pelusuk dunia menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Jumlah ini mungkin kita tidak dapat dibayangkan ketika di Tanah Air.
Semasa hari arafah, seramai hampir 3 juta umat manusia akan berkumpul di satu tempat yang sama melakukan masyair haji.
Disini mungkin kita sebagai jemaah haji akan diuji apabila bas yang kita perlu naiki menuju ke khemah penginapan lambat tiba, terpaksa menunggu lama dalam keadaan cuaca yang panas dan terik.
Hal-hal ini mengajar dan menyedarkan diri kita untuk sentiasa beristigfar dan sabar. Sememangnya segala aturan perjalanan telah ditetapkan dengan baik oleh maktab, tetapi segala kemungkinan boleh berlaku semasa hari kejadian.
Akhir kata, bagi mendapat Haji Mabrur bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Segala persiapan yang lengkap perlu dilakukan kerana haji adalah perjalanan teragung bagi setiap insan.
Semoga semua bakal duyufurrahman akan dikurniakan Haji Mabrur. Amin!
Bagi anda yang ingin mengerjakan Haji ataupun Umrah, kami mempunyai pakej yang sesuai untuk anda dan sesisi keluarga. Mustaqim Travel & Tours mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan jemaah haji mahupun umrah.
Lihat senarai Pakej Haji disini